Posts

Daud Mat Jasak Mee Kari, Ipoh

Image
Beberapa minggu lepas, kebetulan ada urusan di Ipoh. Dah selesai urusan, alang-alang nak redah jam balik ke Kulim di petang Jumaat, decide makanlah dulu kat Ipoh. Baca review Daud Mat Jasak Mee Kari macam viral je. Jomlah try. Sampai kat sana lebih kurang jam 6 petang. Parking tak susah since area situ banyak kedai yang dah tutup. Jadi lot-lot parking tu meriah je. Walking distance saja nak ke gerai Mee Daud.  Kedai ni terletak kat Jalan  Leong Yew Koh, Ipoh. Rasa ni oldtown Ipoh (tak familiar sangat Ipoh ni). Sebab area ni banyak shops lot bangunan lama. Antik dan unik. Cuma kalau dipelihara, lebih cantik.  Ok back to cerita Mee Daud. Kata tuan kedai ni, sekarang ni bukak time petang je. Dah tak buka dua sesi macam sebelum ni. Masa sampai around 6 petang tu, dah ramai yang beratur. Kalau untuk orang yang berumur, better tunggu dalam kereta sementara nak dapatkan meja. And meja makan kat sini tak boleh main chop-chop ye. Kena tunggu "tuan rumah" assign masa dia ambil orde...

Adakah kita benar-benar mencintai ?

Image
  Sebagai manusia biasa dan perempuan terutamanya, banyak kelemahan yang kita cuba atasi demi hari. Menuju baik itu sememangnya bukan mudah. Tapi tidak pernah putus asa dan terus berusaha. Meskipun ada waktu kita rasa amat rapuh untuk meneruskan kehidupan. Bukan meminta simpati, tapi sokongan dan dorongan dari orang yang kita sayangi dan dekat dengan kita, amatlah kita harapkan. Ditinggalkan tanpa ada ruang untuk berbicara, dirasakan seperti alas kaki buruk yang tidak diperlukan lagi. Aku berasa sangat tidak berguna dan lemah saat dibiarkan menyelesaikan konflik diri aku sendiri. Sokongan yang aku harapkan, pelukan yang aku dambakan hanya untuk memberi ruang pernafasanku agar kembali normal. Aku sesak dengan segala macam perkara yang berlaku. Kekosongan ruang jiwa yang aku alami. Pujukan ke atas diri sendiri yang aku lakukan setiap hari demi kelangsungan hidupku. Aku tidak mengharapkan wang ringgit untuk bahagia. Cukuplah berada disisiku di saat aku perlu sokongan. Bersabarlah deng...

Kek oren version tak rajin

Image
Hello mello.. I am not a good baker. Not at all. Tapi last weekend sebab bosan yang melampau dan teringin nak makan marble cake maka terhasillah kek oren. And surprisingly, it went great! dan sedap! hahaha.. Percaya tak, saya tak ada mixer kat rumah. Jadi hanya guna hand whisk. Berketak-ketak jugaklah tangan lepas tu..hahaha. Since I am proud of myself sebab berjaya menghasilkan kek yang sedap (for myself at least :p), jadi nak jugalah share resepinya, boleh menjadi rujukan di kemudian hari. Sukatan resepi kek ni guna cawan je.. mudah kan? Saya tak rajin, jadi memang selalunya akan cari jalan mudah je untuk siapkan sesuatu. Kek oren version tak rajin :p 250gm butter (beli yang seketul siap-siap 250gm) 1 cawan gula – saya guna brown sugar 4 biji telur gred A 2 cawan self-rising flour 2 sudu besar perahan jus oren 2 sudu kecil – parutan kulit oren Macam biasa, mula-mula kita whisk butter + gula sampai kembang and ringan. Then masukkan telur one by one. Continue je whi...

Cendol Lovers - Cendol Haji Shariff

Image
  Cendol? On sunny day?  Bila husband tanya, nak singgah makan cendol tak? Spontan je, Jom! While driving back dari Melaka ke KL. Tak guna highway masa tu. Saja menyusuri jalan lama Ngeri Sembilan. Memang suka macam tu sebab tak rushing kan. Masuk Seremban, singgah makan cendol kat Haji Shariff Cendol. Dengar cerita, kedai ni dah lama. Started dengan 2 meja je, now kedainya kt corner lot. Tengok signage jalan, aik! Nama kawan kita ler – Jalan Nunis.. hehe. Kedai ni buka 10am – 6pm. Setiap hari and tutup hari Jumaat. Parking pun tak susah coz kat sebelah kedai tu, ada ample parking space berbayar – RM2 per entry.   Honestly, bila driving dalam cuasa yang panas, dapat cendol semangkuk, the feeling is awesome! My favourite will always cendol pulut, tapi haritu sebab sampai pun dah 4pm+ pulutnya yilek. Habis! Jadi hanya mampu makan cendol biasa sahaja. Kat kedai ni, ada banyak variety cendol – ada cendol biasa, cendol with jagung, with kacang merah, pulut. One thing y...

Berusahalah

Image
  Pernah tak kita rasa, kita dah buat sehabis baik, tapi keadaan masih tak berada di pihak kita. Mesti setiap orang pernah merasai pengalaman yang macam ni kan. Dan end up, kita akan rasa kecewa dan berhenti berusaha.  Tapi berbaloi ke kalau kita berhenti berusaha dan mencuba hanya kerana kita gagal sekali, gagal utk percubaan kali kedua? atau dah berkali-kali then only kita berhenti mencuba. Jadi sebenarnya apa dan dimana tanda aras untuk kita berhenti mencuba. Tiada siapa yang boleh menentukan tanda aras itu, kecuali diri kita sendiri. Teruskanlah mencuba walau kita berasa sudah tiada daya. Walau kita merasa lelah. Kerana kita tidak tau apa yang Allah rancangkan untuk kita. Mungkin untuk yang 101 kalinya, usaha kita dimakbulkan Allah swt. Kalau kita tidak terus mencuba, mungkin satu hari kita akan rasa menyesal. Pada masa tu, tak ada apa lagi yang mampu kita lakukan. Bak kata pepatah- sesal kemudian tiada gunanya. Tapi ada juga kes, selepas kita berusaha dan bertawakal, mung...

Kehilangan

Image
 Assalamualaikum Bila kita bercakap mengenai kehilangan, hanya yang pernah melaluinya saja dapat mengerti sakit yang perlu ditempuhi. Kehilangan insan yang menjadi tonggak kekuatan kita, adalah sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata. Kehilangan ibu, yang menjadi bahu untuk bersandar, yang berkongsi segala rasa, amat memeritkan. Bertahun masa yang diambil untuk hati menerima kenyataan yang ibu telah tiada. Setiap langkah yang diatur, setiap aktiviti yang dibuat, akan sentiasa mengingatkan dan mengimbau setiap gerak geri ibu, tutur katanya. Betapa kuat aura seorang ibu. Penglihatan masih memainkan setiap lenggok tubuh ibu taktala beliau berkata-kata. Lidah masih dapat merasai setiap kesedapan masakannya, meskipun hanya nasi bersama telur goreng berkuahkan kicap. Paling istimewa bagiku, setiap pagi sebelum ke ofis, ibu pasti menyiapkan sarapan walau hanya sekeping roti. Perutku dipastikan beralas, tidak kelaparan memulai hari. Aku pasti, andainya ibu masih hidup, past...

Gelagat Organisasi

Image
      GELAGAT ORGANISASI     SOALAN TUGASAN     TUJUAN   Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk memahami aplikasi konsep motivasi di tempat kerja dan dalam kehidupan.   KEPERLUAN   Kenal pasti dan jelaskan akronim S.M.A.R.T. seperti yang digunakan dalam teori penetapan matlamat. Bincangkan dan berikan contoh aplikasi matlamat S.M.A.R.T. dari pengalaman hidup dan kerjaya anda. Berikan syor mengenai kepentingan menetapkan matlamat.       ISI KANDUNGAN     1. Penjelasan tentang akronim S.M.A.R.T.   2. Aplikasi penggunaan akronim S.M.A.R.T. dalam menetapkan matlamat hidup   3. Aplikasi penggunaan akronim S.M.A.R.T. dalam menetapkan matlamat kerjaya   4. Kepentingan menetapkan...