Gelagat Organisasi

 

 

 

GELAGAT ORGANISASI

  


SOALAN TUGASAN

 

 


TUJUAN

 

Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk memahami aplikasi konsep motivasi di tempat kerja dan dalam kehidupan.

 

KEPERLUAN

 

Kenal pasti dan jelaskan akronim S.M.A.R.T. seperti yang digunakan dalam teori penetapan matlamat. Bincangkan dan berikan contoh aplikasi matlamat S.M.A.R.T. dari pengalaman hidup dan kerjaya anda. Berikan syor mengenai kepentingan menetapkan matlamat.

 

 




 

ISI KANDUNGAN

 

 

1.

Penjelasan tentang akronim S.M.A.R.T.

 

2.

Aplikasi penggunaan akronim S.M.A.R.T. dalam menetapkan matlamat hidup

 

3.

Aplikasi penggunaan akronim S.M.A.R.T. dalam menetapkan matlamat kerjaya

 

4.

Kepentingan menetapkan matlamat kepada organisasi dan pekerja

5..

Rumusan

 

6

Rujukan

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.      Penjelasan tentang akronim S.M.A.R.T. seperti yang digunakan dalam teori penetapan matlamat. Penjelasan yang jelas dan lengkap meliputi kesemua huruf akronim.

 

SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam mencapai matlamat dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka. SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:

 

       


 Terperinci

 

Boleh diukur

 Boleh dicapai

 Munasabah


 Mempunyai had masa

 

RAJAH 1 : AKRONIM SMART

 

 

 

Tujuan adanya matlamat bercirikan SMART ialah kerana untuk menjelaskan matlamat dan memastikan ianya boleh dicapai. Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ianya kabur dan mustahil. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum dan sasaran perlulah spesifik. Terdapat dua perkara yang mungkin berlaku andainya matlamat tidak dinyatakan secara spesifik iaitu, seseorang secara mudah dapat mencapai matlamat itu dan berkemungkinan seseorang tidak akan mendapat apa yang dihajatinya.

 

SPECIFIC - KHUSUS

Spesifik adalah matlamat yang jelas. Adalah sukar untuk mengambil langkah praktikal jika matlamat adalah samar-samar dan tidak jelas. Setiap matlamat haruslah jelas dari aspek yang diharapkan dan dikehendaki. Matlamat yang terperinci haruslah megandungi 5 perkara penting iaitu – Apa, Mengapa, Siapa, Di mana dan Bagaimana (5W1H- What, Why, Who, Where, How)

 

Ø  Apa yang mahu dicapai?

Ø  Mengapa ia mesti dicapai? - sebab tertentu, tujuan dan faedah untuk mencapai sasaran ini

Ø  Siapa yang terlibat?

Ø  Di mana sasarannya akan dicapai? -pengenalpastian lokasi

Ø  Bagaimana cara untuk mencapainya? - Mengenal pasti keperluan untuk mencapai sasaran dan halangan yang menghalang pencapaian sasaran.

 

MEASURABLE – BOLEH DIUKUR

Aspek pengukuran dapat menekankan kepentingan kriteria yang digunakan untuk mengukur jumlah kemajuan yang dicapai dalam mencapai sasaran. Jika sasaran tidak dapat diukur, adalah mustahil untuk mengetahui sama ada seseorang itu telah membuat kemajuan dalam mencapai matlamat akhir.

 

Mengukur kemajuan akan membantu seseorang bertahan di landasan yang betul, memenuhi tarikh akhir, dan merasa bermotivasi apabila mereka mendapat keputusan yang menggalakkan pada setiap pencapaian yang akan membawa individu tersebut lebih dekat dengan matlamat yang ingin dicapai.

 

Sasaran yang dapat diukur dan diketahui perkembangannya melalui soalan seperti berikut :-

 

Ø  Berapa banyak?

Ø  Bagaimana anda tahu bahawa sasaran telah dicapai?

 

ATTAINABLE – BOLEH DICAPAI

Matlamat yang ditetapkan haruslah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. Sasaran tidak boleh dibuat terlalu mudah, tetapi juga tidak terlalu sukar sehingga kelihatannya mustahil untuk dicapai. Set sasaran akan mampu dicapai sekiranya seseorang menentukan sesuatu yang paling penting dan membayangkan langkah demi langkah untuk mewujudkannya. Untuk itu, seseorang akan membangunkan tingkah laku, kebolehan, kepakaran, dan kemampuan kewangan untuk mencapainya.

 

Sasaran yang boleh dicapai dapat diketahui melalui pertanyaan soalan-soala seperti berikut :-

 

Ø  Bagaimana caranya untuk mencapai sasaran ini?

 

RELEVANT - MUNASABAH

Adalah penting untuk memilih sasaran yang tepat. Perjalanan ke arah mencapai matlamat memerlukan sokongan dari pelbagai pihak yang boleh membantu memecahkan semua halangan. Matlamat yang munasabah untuk dicapai dan selari dengan matlamat dan sasaran lain akan sentiasa mendorong seseorang untuk terus ke hadapan.

 

Matlamat yang yang relevan akan dapat dikenalpasti melalui soalan-soalan seperti berikut :-

 

Ø  Adakah matlamat ini patut diperjuangkan?

Ø  Adakah matlamat ini sesuai pada masanya?

Ø  Adakah matlamat ini seiring dengan matlmat-matlamat lain?

 

TIMELY – MEMPUNYAI HAD MASA

Menetapkan dengan tepat had masa (tarikh akhir) adalah penting dalam aspek penetapan matlamat. Komitmen terhadap had masa akan membantu seseorang untuk memberikan lebih tumpuan dalam melaksanakan tugas untuk memenuhi matlamat pada waktunya, atau lebih cepat.

 

Antara soalan “bila” yang dapat membantu dalam menentukan had masa sesuatu matlamat adalah seperti berikut :-

 

Ø  Apa yang boleh diselesaikan dalam masa 6 bulan dari sekarang?

Ø  Apa yang boleh diselesaikan dalam 6 minggu dari sekarang?

Ø  Apa yang boleh diselesaikan hari ini?


 

2.      APLIKASI PENGGUNAAN AKRONIM S.M.A.R.T. DALAM MENETAPKAN MATLAMAT HIDUP

 

Kebanyakan orang tidak mengetahui apa yang diingininya dalam hidup. Mereka tiada satu matlamat yang dituju dalam hidup. Sesetengah yang lain pula mempunyai matlamat tetapi kabur. Matlamat amat penting bagi mereka yang inginkan kejayaan. Ia mentakrifkan dengan jelas apa yang mahu dicapai dalam jangka masa yang spesifik.


Matlamat hidup umpama tiang gol di dalam sebuah permainan bola sepak. Tanpanya, anda tidak fokus dan bermain tanpa tujuan. Anda akan hanya menghabiskan masa sembilan puluh mi nit berlari -lari di dalam padang. Begitulah juga dengan manusia. Manusia yang tidak tahu matlamat hidupnya umpama menghabiskan masa hayatnya di dunia tanpa tujuan.


Menurut Maxwwell Maltz, di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem atau mekanisma dalaman yang berfungsi memandu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk mekanisma tersebut berfungsi, ia perlu kepada satu sasaran untuk ia capai. Oleh itu, kita perlu menetapkan satu matlamat spesifik yang boleh dicapai.


Tanpa matlamat hidup yang berkesan, mungkin anda tidak akan mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila anda tidak melihat kepentingan menetapkan matlamat, anda hilang semangat untuk berusaha mencapainya. Keyakinan diri juga diperlukan bagi memastikan anda terus bersemangat.

Musuh anda yang paling besar apabila anda mahu mencapai matlamat adalah perasaan takut mencuba. Ia akan menguburkan potensi dan bakat yang anda miliki. Anda harus menerima kenyataan bahawa hidup ini penuh dengan halangan dan orang yan g berjaya adalah mereka yang berdepan dengan halangan -halangan hidup.


 

 

Menetapkan matlamat memberikan anda visi jangka panjang dan motivasi jangka pendek. Ia memfokuskan pengambilalihan pengetahuan, membantu mengatur masa dan sumber anda supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya di dalam kehidupan seharian. Antara kepentingan penetapan matlamat adalah :-

 

Ø  Agar Lebih Fokus

Ø  Membantu Mengukur Kemajuan

Ø  Membantu Mengekalkan Motivasi

Ø  Mengurangkan Sifat Penangguhan

Ø  Mampu Mencapai Lebih Banyak

Ø  Membantu Menentukan Kemahuan Dalam Kehidupan

 

Sebagai contoh (1), Matlamat hidup: Saya mahu menurunkan berat badan dan berada dalam kesihatan yang lebih baik.

Khususnya (specific): Saya akan mengurangkan makanan ringan sebagai langkah pertama ke arah kesihatan yang baik secara menyeluruh.

Boleh diukur (measurable): Menjelang bulan Disember, saya hanya akan mempunyai makanan organik dan makanan ringan yang sihat di pantri saya.

Dapat dicapai (attainable): Saya akan berjumpa dengan pakar pemakanan untuk merancang pelan pemakanan yang sihat.

Relevan (realistic): Ini akan menyembuhkan beberapa penyakit yang mengganggu saya antaranya. Keletihan dan sakit belakang belakang.

Berdasarkan masa (timely): Pada bulan September saya akan mengubah tabiat makan saya. Pada bulan Oktober saya akan mula berjalan lebih banyak. Menjelang cuti, saya akan dapat menikmati sedikit makanan kegemaran saya tanpa merosakkan tabiat saya yang baru.

 


 

 

Contoh (2), Matlamat Keseluruhan: Saya mahu menjadi pelajar yang lebih baik.

Khususnya (specific): Saya ingin memperbaiki keseluruhan gred saya sehingga saya boleh memohon biasiswa baru semester depan.

Boleh diukur (measurable): Saya akan mendapat B atau lebih baik untuk semua subjek pada ujian pertengahan tahun yang akan datang.

Dapat dicapai (attainable): Saya akan bertemu dengan tutor setiap minggu untuk membantu saya memberi tumpuan pada subjek yang lemah.

Relevan (realistic): Sekiranya saya mendapat gred yang bagus, biasiswa akan mengurangkan pinjaman pelajaran saya pada semester depan.

Berdasarkan masa (timely): Saya masih mempunyai enam minggu sehingga pertengahan tahun. Ini memberi saya cukup masa untuk bertemu dengan tutor dan memutuskan sama ada sebarang langkah tambahan diperlukan dalam proses meningkatkan gred saya.

 

 

Contoh (3), Matlamat Keseluruhan: Meningkatkan jumlah wang simpanan.

Khususnya (specific):  Ingin menambahkan simpanan kepada RM10,000.00

Boleh diukur (measurable): Perlu berjimat dan menyimpan sebanyak minima RM300.00 sebulan

Dapat dicapai (attainable): Saya akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan berjumpa dengan penasihat kewangan bagi merancang pelan kewangan saya.

Relevan (realistic): Jumlah tabungan yang tidak terlalu membebankan bajet kewangan bulanan saya dan juga mendisiplinkan diri dari membazir menbelanjakan kepada perkara yang tidak perlu.

Berdasarkan masa (timely): Walaupun penjimatan selama 3 tahun diperlukan untuk mencapai target simpanan, saya meletakkan target selama 4 tahun bagi menghadapi perkara-perkara yang tidak diduga berlaku seperti kereta rosak dan kos penjagaan ibu bapa ketika sakit. 

 

 

Secara ringkasnya, ada tiga (3) perkara utama dalam menetapkan matlamat hidup. Pertama adalah sasaran yang jelas, kedua adalah perancangan yang sistematik dan ketiga adalah tindakan yang berterusan.

 

Amatlah jarang sekali sesuatu kejayaan dicapai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan yang ditemui, bermaksud kita menghampiri kejayaan. Oleh itu, kita harus terus berusaha tanpa kenal erti putus asa. Jalan menuju kejayaan akan memberikan kita lebih banyak pengalaman dan lebih banyak yang boleh kita pelajari agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kesemua formula kejayaan ini perlu diimplementasi agar menjadi “blue print” yang boleh dirujuk kembali dalam proses memastikan matlamat yang telah di tetapkan akan tercapai.



3.      APLIKASI PENGGUNAAN AKRONIM S.M.A.R.T. DALAM MENETAPKAN MATLAMAT KERJAYA.

 

 

Matlamat kerjaya adalah satu keputusan dan perancangan yang penting dalam mencapai potensi kerjaya yang maksimum. Setiap matlamat haruslah memberikan kesan yang positif dan mampu memotivasikan diri seseorang untuk membuat kemajuan yang ketara dalam kerjayanya. Matlamat kerjaya membantu individu untuk tetap fokus pada laluan kerjaya yang dipilih dan berfungsi sebagai penunjuk yang hebat untuk mengukur kemajuan yang telah dibuat. Matlamat kerjaya juga adalah sebagai arahan yang perlu diikuti bagi mencapai potensi penuh.

 

Adalah penting untuk menetapkan matlamat kerjaya yang tepat untuk memastikan bahawa ianya adalah realistik dan boleh dicapai. Sekiranya penetapan matlamat adalah lebih seperti fantasi dan mempunyai peluang yang sangat tipis untuk direalisasikan, seseorang mungkin merasa kecewa dan tidak puas hati. Mengutamakan matlamat juga merupakan aspek yang sangat penting dalam penetapan matlamat kerjaya. Tentukan matlamat sebagai sangat penting, penting dan baik untuk dicapai dan seterusnya boleh membuat rencana tindakan untuk mencapai matlamat ini.

 

Adalah penting untuk mencipta matlamat kerjaya jangka pendek dan panjang. Walaupun matlamat jangka panjang akan memberi konteks keseluruhan dalam usaha untuk beroperasi, matlamat jangka pendek akan membantu seseorang membuat pencapaian yang akan memberi laluan kepada matlamat jangka panjang. Matlamat jangka panjang perlulahepadan dengan cita-cita, sementara matlamat jangka pendek pula merangkumi kemajuan yang ingin dibuat dalam beberapa bulan atau tahun akan datang. Sesetengah orang juga mencipta matlamat kerjaya harian dan mingguan untuk membantu mereka menumpukan perhatian kepada tugas di tangan.

 

Proses penetapan matlamat harus meliputi ukuran waktu dan hasil. Seseorang perlu menetapkan hasil tetap yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memberikan sedikit fleksibiliti dan tidak terlalu terikat dengannya dalam proses mencapai matlamat kerana mengambilkira peristiwa hidup yang tidak terkawal.

 


 

Sebagai contoh (1) – Matlamat keseluruhan : Mendapat kenaikan pangkat.

Kebanyakan orang meletakkan matlamat kenaikan pangkat sebagai matlamat jangka panjang. Kenaikan pangkat merupakan sasaran yang realistik sekiranya kita mempunyai rancangan yang strategik.

Khusus (specific)

Menyatakan dengan jelas mtlamat yang mahu dicapai. Sebagai contoh, bukannya menyatakan sebagai "Saya mahu dinaikkan pangkat" sebaliknya menyatakan, "Saya ingin mendapat kenaikan pangkat sebagai eksekutif kanan di jabatan pembangunan."

 

Boleh diukur (measureble)

Setiap kemajuan ke arah mencapai matlamat haruslah diukur. Sebagai contoh, sekiranya ingin mendapat kenaikan pangkat sebagai eksekutif kanan di jabatan pembangunan, pengukuran seharusnya dengan jumlah permohonan kerja sebagai eksekutif kanan serta jumlah temuduga yang telah dihadiri bagi jawatan tersebut. Penetapan target di sepanjang perjalanan menuju matlamat akan memberikan peluang untuk menilai semula langkah yang perlu diambil mengikut keperluan.

 

Boleh dicapai (attainable)

Menetapkan matlamat yang boleh diselesaikan dalam jangka waktu tertentu merupakan faktor motivasi dan menjadi kita lebih fokus. Menggunakan contoh di atas seseorang perlu tahu kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Sebelum seseorang mula bekerja menuju ke arah matlamat, perlulah ditentukan sama ada ia sesuatu yang boleh dicapai sekarang atau sama ada terdapat langkah awal tambahan yang perlu dilakukan agar dapat mencapai matlamat dengan lebih baik, cepat dan berkesan.

Munasabah (realistic)

Apabila menetapkan matlamat seperti contoh di atas, adalah penting untuk mempertimbangkan sama ada ia relevan dan selari dengan matlamat jangka panjang individu tersebut. Seseorang perlulah memikirkan semula matlamat tersebut sekiranya tidak menyumbang kepada matlamat yang lebih luas pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, sekiranya ingin mendapatkan jawatan eksekutif kanan di jabatan pembangunan, matlamat jangkat panjang seharusnya selari seperti ingin menjadi pengurus kanan di jabatan tersebut.

 

 

 

Had Masa (timely)

Had masa yang ditentukan untuk mencapai matlamat boleh membantu memberikan motivasi dan menetapkan keutamaan. Sebagai contoh diatas, mendapatkan kenaikan pangkat ke kedudukan yang lebih senior, jangka masa yang bersesuaian mungkin anatara enam bulan ke setahun. Sekiranya matlamat tidak dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan, seseorang perlulah mempertimbangkan faktor-faktor seperti tempoh masa yang tidak realistik atau halangan jalan yang tidak dijangka

 

 

Contoh (2) Matlamat Keseluruhan : Menjadi terkenal di dalam bidang kerja yang diceburi

Khusus (specific)

Ingin menjadi pakar yang terkenal dalam bidang reka bentuk grafik dengan sekurang-kurangnya satu pelanggan korporat.

 

Boleh diukur (measureble)

Menjadi pakar yang terkenal dalam bidang reka bentuk grafik dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh pelanggan korporat.

 

Boleh dicapai (attainable)

Untuk mempunyai pelanggan sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh restoran utama, saya akan membuat sekurang-kurangnya 3 reka bentuk logo konsep baru untuk setiap pelanggan dan menyampaikannya kepada pengurus.

 

 

Munasabah (realistic)

Pencapaian matlamat haruslah sejajar dengan kehidupan, kerjaya, keluarga dan tahap pendidikan. Faktor kesesuaian masa adalah penting. Individu perlu mempunyai sebab yang munasabah seperti tidak mempunyai keluarga dan mampu untuk mendedikasikan diri untuk kerja dan maju dalam kerjaya sebagai persediaan untuk memperkukuhkan diri sendiri sebagai pakar pereka grafik pada masa yang telah ditetapkan.

 

Had Masa (timely)

Sebagai contoh, sekiranya individu ini mempunyai “networking”, masa pencapaian dapat disingkatkan. Masa 1 bulan adalah realistik untuk mengadakan mesyuarat.

 

4.      KEPENTINGAN MENETAPKAN MATLAMAT KEPADA PARA PEKERJA DAN ORGANISASI.

 

Kepentingan penetapan matlamat dalam organisasi adalah sesuatu yang harus diambil berat.  Penetapan matlamat akan membuatkan pekerja lebih bermotivasi, gembira, dan bersedia untuk bekerja setiap hari. Sekiranya organisasi menetapkan matlamat dengan cara yang betul, pasti staf akan akan membantu meningkatkan produktiviti dan kejayaan organisasi. Organisasi perlu menerapkan prinsip SMART dan sentiasa terbuka kepada maklum balas daripada pekerja dan pihak pengurusan.

 

Mengaplikasikan Matlamat Yang Berkesan

Untuk membuat penentuan matlamat organisasi lebih bermakna dan penting, kakitangan mestilah mempunyai idea yang jelas mengenai apa yang sedang mereka usahakan dan mempunyai alat dan sumber yang mencukupi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan haruslah sentiasa berkomunikasi mengenai matlamat dengan jelas melalui segala medium komunikasi syarikat. Selain itu, pihak pengurusan juga harus sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan dari pekerja, memberi maklum balas dan menawarkan sokongan di mana yang perlu. Setiap kejayaan pekerja mencapai matlamat haruslah diraikan sebagai tanda penghargaan dan juga sebagai faktor motivasi untuk mencapai matlamat seterusnya.

 

Namun demikian, matlamat yang ditetapkan oleh organisasi haruslah sesuatu yang boleh dicapai dengan sedikit factor motivasi. Sekiranya matlamat adalah terlalu tinggi, pekerja akan kurang bersemangat kerana mereka berasa tidak mampu untuk mencapai matlamat tersebut walaupun segala usaha dilakukan. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya organisasi mengadakan perbincangan bersama staf dalam menetapkan matlamat yang boleh dicapai seiring dengan kehendak staf dan organisasi.

 

Menggalakan Kerja Berpasukan

Selain dari memotivasikan pekerja, penetapan matlamat juga membantu pekerja untuk bekerjasama. Apabila semua pekerja berusaha ke arah matlamat yang sama, mereka lebih cenderung untuk mencapai matlamat dan ganjaran tersebut bersama-sama. Oleh yang demikian, organisasi digalakkan agar memberi ganjaran berbentuk di dalam kumpulan (jabatan) berbanding ganjaran individu. Penetapan matlamat berbentuk individu akan mendorong pekerja untuk tidak berkongsi hasil matlamat dan bersifat kepentingan diri sendiri. Ini akan merugikan syarikat sekiranya staf tersebut meningggalkan organisasi dan tiada staf lain yang mempunyai maklumat, ilmu dan pengalaman yang sama.

 

Matlamat Meningkatkan Moral

Apabila staf pergi bekerja setiap hari tanpa tiada matlamat untuk dicapai, ia akan mengganggu mereka secara emosi. Staf akan merasa bosan ke atas rutin kerja harian tanpa matlamat yang perlu dicapai. Walau bagaimanapun, matlamat membantu pekerja mengambil pemilikan (ownership) dan berbangga dengan kerja mereka. Apabila mereka mencapai matlamat yang ditetapkan, ia menjadikan mereka berasa senang hati dan selesa sekaligus menaikkan moral pekerja.

 

 

 

 

 

Organisasi boleh menyuntik suasana syarikat dan juga pekerjaan bagi melahirkan pekerja yang bahagia. Ini adalah kerana pekerja yang bahagia dapat membantu mencapai matlamat organisasinya. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah:

  • Pastikan perjalanan dan suasana syarikat dalam segenap segi dapat menimbulkan satu pengalaman hebat dan positif kepada para pekerja. Ini termasuklah menggalakkan perhubungan baik sesama pekerja, keluar makan bersama atau menganjurkan aktiviti luar bersama secara berkala.
  • Lihat dari sudut peluang pada setiap masalah atau cabaran yang dihadapi oleh syarikat agar pekerja mengambil pengalaman tersebut sebagai satu harapan untuk membina diri dan juga syarikat. Sebaliknya jangan menekan dan menghambur pekerja setiap kali timbulnya masalah atau cabaran.
  • Pastikan setiap pekerja ditugaskan pada kerja yang menggunakan kemahiran mereka secara maksimum. Pemilihan kerja pada setiap pekerja amat penting untuk membuatkan mereka bahagia dan mendapat kepuasan dalam kerja yang dilakukan.
  • Terangkan matlamat besar atau visi yang disasarkan oleh syarikat. Terangkan juga apakah peranan yang dimainkan oleh setiap pekerja dalam mencapai visi yang disasarkan. Dengan memahami matlamat atau visi tersebut dan tahu dimana peranan mereka, pekerja akan rasa ia makna segala kerja yang dilakukannya.

 

 

 

5.      RUMUSAN

 

 

Sudah jelas bahawa penetapan matlamat bermanfaat dalam pelbagai cara, baik untuk individu mahupun bagi organisasi. Mempunyai tumpuan yang jelas dalam bentuk matlamat bukan sahaja membantu seseorang berada di landasan yang betul tetapi lebih kepada factor motivasi berbanding factor keuntungan kewangan.

 

Kewujudkan rangka kerja yang jelas bersama dengan peralatan yang cukup untuk penetapan matlamat yang berkesan juga boleh membantu memacu pengurusan prestasi pekerja.  Mula dengan menggalakkan maklum balas yang kerap mengenai kemajuan pekerja ke arah mencapai matlamat mereka, dan anda mempunyai resipi untuk pasukan yang produktif, bermotivasi dan tinggi.

 

Namun perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi mencapai matlamat adalah mencipta momentum secepat mungkin sebaik sahaja kita menetapkan matlamat kita. Keputusan yang betul adalah keputusan yang mempunyai tindakbalas, dan tindakbalas yang dilakukan sekarang serta mempunyai tindakan susulan.

6.      RUJUKAN

 

 

·         Jan O'Neill, & Anne Conzenius. (2006). The power of SMART goals. Solution Tree.

·         Jeff Boss, J. (2017, February 14). 5 Reasons Why Goal Setting Will Improve Your Focus. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/jeffboss/2017/01/19/5-reasons-why-goal-setting-will-improve-your-focus

·         Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016, April 14). Matlamat Kehidupan. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/matlamat-kehidupan/

·         Paul J. Meyer. (2003). Attitude is Everything. Meyer Resource Group.

·         Penetapan Matlamat Diri dan Akademik - Kemahiran Belajar. (n.d.). Retrieved from https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-1-penetapan-matlamat-diri-dan-akademik

·         Samsilah Roslan, Abd Maiid b. Isa, Othman Dato Hj. Mohamed, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2006). Hubungan orientasi matlamat dengan penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Jurnal Pendidikan.

·         Siti Rohani Hamdin. (n.d.). TEORI KEPERLUAN MATLAMAT(GOAL SETTING THEORY). Retrieved from https://www.academia.edu/TEORI_KEPERLUAN_MATLAMAT_GOAL_SETTING_THEORY

·         Victor Gebre. (2019, March 19). The Importance of Career Goal Setting. Retrieved from http://career-iq.com/the-importance-of-career-goal-setting

 


Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN