Adakah kita benar-benar mencintai ?

 


Sebagai manusia biasa dan perempuan terutamanya, banyak kelemahan yang kita cuba atasi demi hari. Menuju baik itu sememangnya bukan mudah. Tapi tidak pernah putus asa dan terus berusaha. Meskipun ada waktu kita rasa amat rapuh untuk meneruskan kehidupan.

Bukan meminta simpati, tapi sokongan dan dorongan dari orang yang kita sayangi dan dekat dengan kita, amatlah kita harapkan. Ditinggalkan tanpa ada ruang untuk berbicara, dirasakan seperti alas kaki buruk yang tidak diperlukan lagi.

Aku berasa sangat tidak berguna dan lemah saat dibiarkan menyelesaikan konflik diri aku sendiri. Sokongan yang aku harapkan, pelukan yang aku dambakan hanya untuk memberi ruang pernafasanku agar kembali normal. Aku sesak dengan segala macam perkara yang berlaku. Kekosongan ruang jiwa yang aku alami. Pujukan ke atas diri sendiri yang aku lakukan setiap hari demi kelangsungan hidupku.

Aku tidak mengharapkan wang ringgit untuk bahagia. Cukuplah berada disisiku di saat aku perlu sokongan. Bersabarlah dengan kerenahku sebagai seorang isteri. Adakah terlampau berat untuk menghulurkan tangan, tanda adanya support system itu.

Doakan aku agar kuat menjalani hidup. Hanya dek kerana sayangnya aku pada suamiku, aku berasa begitu terpinggir. Betullah kata orang, human touch is so powerful. It can create the hormon of happiness - Dopamines. Doakan juga kelembutan hati keduanya agar sentiasa ada untuk sama lain.

Aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan untukku. Moga aku akan kekal cekal melangkah, demi si puteri yang juga sedang belajar cara memperjuangkan kehidupnya sendiri.

03042022 #kekalcekal 


Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN