Kek oren version tak rajin



Hello mello..

I am not a good baker. Not at all. Tapi last weekend sebab bosan yang melampau dan teringin nak makan marble cake maka terhasillah kek oren. And surprisingly, it went great! dan sedap! hahaha..

Percaya tak, saya tak ada mixer kat rumah. Jadi hanya guna hand whisk. Berketak-ketak jugaklah tangan lepas tu..hahaha. Since I am proud of myself sebab berjaya menghasilkan kek yang sedap (for myself at least :p), jadi nak jugalah share resepinya, boleh menjadi rujukan di kemudian hari. Sukatan resepi kek ni guna cawan je.. mudah kan? Saya tak rajin, jadi memang selalunya akan cari jalan mudah je untuk siapkan sesuatu.

Kek oren version tak rajin :p

250gm butter (beli yang seketul siap-siap 250gm)

1 cawan gula – saya guna brown sugar

4 biji telur gred A

2 cawan self-rising flour

2 sudu besar perahan jus oren

2 sudu kecil – parutan kulit oren

Macam biasa, mula-mula kita whisk butter + gula sampai kembang and ringan. Then masukkan telur one by one. Continue je whisking. Diikuti dengan masukkan tepung selang seli dengan jus oren. Lastly, masukkan parutan kulit oren dan kacau je sampai semua sebati.

Consider dah separuh siap. Ops! Lupa, sementara nak sediakan semua tu, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu. Lepas tu bolehlah letak dalam loyang dan bakar pada suhu 170⁰C selamat 45 minit. Dan saya tambah api atas saja another extra 10 mins, sebab nak bagi keras skit kat bahagian atas.

Lepas tu pandai-pandailah cek dah masak ke tak ye. Lain oven lain caranya. Kalau rajin cubalah resepi tak rajin ni ye..hehehe. Selamat mencuba!

Oh, cer tgk gambar kejadiannya. Not bad kan? 


Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN