Berusahalah

 


Pernah tak kita rasa, kita dah buat sehabis baik, tapi keadaan masih tak berada di pihak kita. Mesti setiap orang pernah merasai pengalaman yang macam ni kan. Dan end up, kita akan rasa kecewa dan berhenti berusaha. 

Tapi berbaloi ke kalau kita berhenti berusaha dan mencuba hanya kerana kita gagal sekali, gagal utk percubaan kali kedua? atau dah berkali-kali then only kita berhenti mencuba. Jadi sebenarnya apa dan dimana tanda aras untuk kita berhenti mencuba. Tiada siapa yang boleh menentukan tanda aras itu, kecuali diri kita sendiri.

Teruskanlah mencuba walau kita berasa sudah tiada daya. Walau kita merasa lelah. Kerana kita tidak tau apa yang Allah rancangkan untuk kita. Mungkin untuk yang 101 kalinya, usaha kita dimakbulkan Allah swt. Kalau kita tidak terus mencuba, mungkin satu hari kita akan rasa menyesal. Pada masa tu, tak ada apa lagi yang mampu kita lakukan. Bak kata pepatah- sesal kemudian tiada gunanya.

Tapi ada juga kes, selepas kita berusaha dan bertawakal, mungkin memang tertulis bukan rezeki kita. Jadi bila kita rasa sudah cukup berusaha dengan semua cara yang termampu, kita perlu berhenti dan menerima takdir yang memang bukan itu jalan yang harus kita pilih.

Redha.. tapi hati tau bukan senang. Tapi Allah swt tau itu yang terbaik buat kita, hambanya. Jadi, apa-apa pun yang kita buat, tepuk dada tanya selera.

Hanya kita tahu diri kita..setakat mana kemampuan kita, daya tahan kita. Apa jua keputusan yang kita ambil, jangan hingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Nikmati hidup yang sementara ini. 

InsyaAllah..semuanya akan baik-baik saja.. 



Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN