Kehilangan


 Assalamualaikum

Bila kita bercakap mengenai kehilangan, hanya yang pernah melaluinya saja dapat mengerti sakit yang perlu ditempuhi. Kehilangan insan yang menjadi tonggak kekuatan kita, adalah sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.

Kehilangan ibu, yang menjadi bahu untuk bersandar, yang berkongsi segala rasa, amat memeritkan. Bertahun masa yang diambil untuk hati menerima kenyataan yang ibu telah tiada. Setiap langkah yang diatur, setiap aktiviti yang dibuat, akan sentiasa mengingatkan dan mengimbau setiap gerak geri ibu, tutur katanya. Betapa kuat aura seorang ibu.

Penglihatan masih memainkan setiap lenggok tubuh ibu taktala beliau berkata-kata. Lidah masih dapat merasai setiap kesedapan masakannya, meskipun hanya nasi bersama telur goreng berkuahkan kicap. Paling istimewa bagiku, setiap pagi sebelum ke ofis, ibu pasti menyiapkan sarapan walau hanya sekeping roti. Perutku dipastikan beralas, tidak kelaparan memulai hari.

Aku pasti, andainya ibu masih hidup, pasti aku akan lalui hidup ini dengan penuh yakin dan tidak akan kau takut untuk menghadapi hari esok. Tapi Allah swt lebih sayangkan beliau, dan aku perlu meneruskan hidup dengan berbekalkan setiap butir nasihat yang pernah beliau beliau titipkan buatku.

Di saat aku berada di tempat paling bawah di dalam hidupku, aku berdoa agar aku masih boleh terus berdiri, walaupun tidak lagi boleh berlari. Moga satu hari nanti, Allah swt pulangkan sumber kekuatanku. 

InsyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN