Daud Mat Jasak Mee Kari, Ipoh


Beberapa minggu lepas, kebetulan ada urusan di Ipoh. Dah selesai urusan, alang-alang nak redah jam balik ke Kulim di petang Jumaat, decide makanlah dulu kat Ipoh.

Baca review Daud Mat Jasak Mee Kari macam viral je. Jomlah try. Sampai kat sana lebih kurang jam 6 petang. Parking tak susah since area situ banyak kedai yang dah tutup. Jadi lot-lot parking tu meriah je. Walking distance saja nak ke gerai Mee Daud. 

Kedai ni terletak kat Jalan Leong Yew Koh, Ipoh. Rasa ni oldtown Ipoh (tak familiar sangat Ipoh ni). Sebab area ni banyak shops lot bangunan lama. Antik dan unik. Cuma kalau dipelihara, lebih cantik. 

Ok back to cerita Mee Daud. Kata tuan kedai ni, sekarang ni bukak time petang je. Dah tak buka dua sesi macam sebelum ni. Masa sampai around 6 petang tu, dah ramai yang beratur. Kalau untuk orang yang berumur, better tunggu dalam kereta sementara nak dapatkan meja. And meja makan kat sini tak boleh main chop-chop ye. Kena tunggu "tuan rumah" assign masa dia ambil order. Jadi beraturlah untuk ambil order. Adalah juga beratur dalam 20 minit macam tu. Kedai kecil dan packed. Sebab kat situlah kitchennya, kat situlah cashier (bayar dan order), kat situlah tempat bancuh air dan kat situlah jugak kita duduk makan. 

Lepas dah beratur, dapatlah order then "tuan rumah" bagilah satu meja untuk tunggu food pulak. Estimate waiting time untuk dapat makanan lebih kurang 20 minit. Maybe sebab ada juga selit-selit dengan grab food. Food wise - ok. Bahan-bahan digunakan fresh especially kerang. Sometimes kan bila kita makan food yang berasaskan seafood ni, kita boleh rasa tak fresh kan. But this one memang boleh dipuji tahap segar dia. 

On that day, ordered mee kari (the signature), kuewtiew goreng, young tau fu. Nak kata sedap sangat tu, tak lah jugak untuk tekak saya tapi nak kata tak sedap pun tak. Just nice the way it is. 

Overall experience - ok. Cuma kalau tempat makan boleh di improve, would be better. Sebab ikutkan kata pakcik sorang ni (bersembang masa tengah beratur), beberapa tahun lepas dia datang pun, sama je susun atur dan tak ada improvement :D

Dah habis makan, baru bayar. Masa nak bayar tu perasanlah kat menu board kedai Daud Mee ni ada tulis "kami tiada cawangan". Baru tau rupanya ada jugak klon kedai ni. Guna populariti Daud mee Jasak. Jadi pada sesiapa yang nak cuba tu, jangan silap kedai ye. Waze yang kat jalan - Leong Yew Koh, Ipoh k! 

p/s : Tak sempat nak ambil gambar cantik-cantik, food plating. Sebab excited nak makan :D

 

Comments

Popular posts from this blog

PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN