PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI

Permulaan Artikel-

PERNYATAAN DASAR MONETARI

Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Ekonomi global terus meningkat pada kadar yang sederhana. Aktiviti ekonomi di negara-negara maju yang utama bertambah baik, namun pertumbuhan kekal pada kadar sederhana (Pembolehubah 6). Di Asia, pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri dalam keadaan sektor luaran yang berterusan lemah. Pada masa akan datang, unjuran asas (baseline estimate) menunjukkan bahawa pertumbuhan global akan menjadi bertambah baik sedikit pada tahun 2017. Prospek bagi peralihan ke arah penggunaan dasar fiskal secara progresif dalam ekonomi maju boleh membawa kepada persekitaran dasar yang lebih seimbang, yang seterusnya menyokong pertumbuhan pada masa akan datang. Namun, terdapat ketidakpastian yang berpunca daripada risiko perlindungan perdagangan dan turun naik pasaran kewangan. Turun naik pasaran kewangan yang semakin ketara dalam minggu-minggu kebelakangan ini telah memberi kesan ke atas pelbagai kelas aset, kadar pertukaran, dan juga kadar hasil dalam banyak ekonomi sedang pesat membangun. Keadaan pasaran kewangan global dijangka terdedah kepada perkembangan dasar dan pasaran.

Walaupun berhadapan dengan persekitaran luar yang mencabar termasuk kejatuhan harga komoditi dan ketidaktentuan pasaran kewangan, ekonomi Malaysia kekal kukuh. Ia dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 4.5% hingga 5.5% pada tahun 2015, (Pembolehubah 1) disokong aktiviti ekonomi domestik berdaya tahan. Ekonomi dalam negeri terus berkembang pada suku ketiga tahun ini, didorong terutamanya oleh aktiviti sektor swasta serta sedikit sokongan daripada eksport bersih. Pada masa akan datang, aktiviti sektor swasta akan terus menjadi peneraju utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dijangka terus disokong oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan (Pembolehubah 2) & (Pembolehubah 3), di samping sokongan tambahan daripada langkah-langkah yang dilaksanakan Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna. Aktiviti pelaburan, meskipun sederhana, akan terus disokong oleh pelaburan infrastruktur (Pembolehubah 7) yang sedang dijalankan serta perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Di sektor luaran, eksport dijangka berkembang namun akan dikekang oleh permintaan yang perlahan daripada rakan perdagangan Malaysia (Pembolehubah 5) yang utama. Secara keseluruhan, ekonomi dalam negeri kekal pada landasan pertumbuhan seperti unjuran yang dibuat pada tahun 2016 dan 2017.

Inflasi (Pembolehubah 4) keseluruhan bagi tahun 2016 dijangka berada pada paras lebih rendah dalam julat yang dianggarkan antara 2.0% hingga 2.5%. Inflasi dijangka kekal stabil secara relatif pada tahun 2017 memandangkan persekitaran harga tenaga dan komoditi global yang rendah dan juga inflasi global yang pada amnya rendah.

Ringgit dan kebanyakan mata wang pasaran sedang pesat membangun telah mengalami pelarasan yang mendadak dan turun naik yang ketara disebabkan oleh ketidakpastian yang berterusan dalam persekitaran ekonomi dan dasar global, serta perkembangan geopolitik. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan berlakunya turun naik untuk tempoh tertentu dalam pasaran kewangan dan pertukaran asing serantau. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia akan terus menyediakan mudah tunai bagi memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi dengan teratur. Pasaran modal kekal dapat diakses, kukuh dan cair. Mudah tunai sistem perbankan lebih daripada mencukupi. Institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh manakala pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta adalah konsisten dengan kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi.

Pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar untuk memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantaraan kewangan dalam ekonomi yang terus kukuh. Risiko ketidakseimbangan kewangan telah dapat dibendung. Walau bagaimanapun, MPC akan terus memantau risiko ini bagi memastikan prospek pertumbuhan keseluruhan yang mampan. Mesyuarat juga meluluskan jadual mesyuarat MPC untuk tahun 2017. Selaras dengan Akta Bank  Malaysia 2009, MPC akan bermesyuarat sebanyak enam kali pada tahun 2017. Mesyuarat akan diadakan selama dua hari dan Pernyataan Dasar Monetari diumumkan pada pukul 3 petang pada hari kedua mesyuarat MPC.

-Pengakhiran Artikel-

No Ruj : 11/16/14 23 Nov 2016

1. RUMUSAN PEMBOLEHUBAH EKONOMI :-

Pembolehubah makroekonomi boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu :-
1. Pendapatan Negara dan Keluaran Negara
2. Guna Tenaga dan Tenaga Buruh
3. Pengangguran
4. Inflasi
5. Imbangan Pembayaran
6. Pertumbuhan Ekonomi
7. Pertumbuhan Kebajikan
Bagi artikel berkaitan dasar kewangan negara di atas yang dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2013, bolehlah dirumuskan seperti berikut :-
Pembolehubah 1 : Pendapatan Negara dan Keluaran Negara. 
Pendapatan negara ditafsirkan sebagai jumlah pendapatan seperti sewa, upah, untung  dan faedah bersih yang diterima oleh faktor pengeluaran seperti buruh dan usahawan untuk tempoh setahun.  Manakala, keluaran negara pula adalah jumlah barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun. Pertambahan pendapatan negara dan keluaran negara melambangkan perkembangan ekonomi kerana lebih banyak peluang diwujudkan, maka penggunaan faktor pengeluaran meningkat dan kadar pengganguran menurun. Apabila kadar pengangguran negara menurun, sekaligus tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat akan meningkat. 

Menurut artikel yang dilampirkan, walaupun dunia berada di ambang ekonomi yang tidak stabil, namun dasar ekonomi dan kewangan negara berada di landasan yang betul kesan dari pelaksanaan dasar kerajaan. Ini turut melambangkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap program transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Kerajaan di bawah kepimpinan YB, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak berpegang teguh kepada usaha untuk mengekalkan kemampanan fiskal dan pencapaian sasaran pengurangan defisit.

Pembolehubah 2 : Guna Tenaga dan Tenaga Buruh.
Guna Tenaga adalah golongan tenaga buruh yang bekerja. Manakala tenaga buruh  ditafsirkan sebagai golongan individu yang bekerja dan menganggur ataupun yang sedang aktif mencari pekerjaan. Golongan ini berusia di antara 16 hingga 64 tahun.

Menurut artikel yang dilampirkan, penggunaan tenaga kerja yang berterusan dan terus berkembang memberi satu impak positif kepada keadaan ekonomi negara. Ini adalah kerana negara dapat memaksimumkan guna tenaga di dalam ekonominya. Kewujudan peluang pekerjaan, mampu meningkatkan keupayaan produktif negara yang menyediakan lebih banyak peluang pelaburan dan menggunakan segala tenaga buruh yang ada malah mampu menarik kehadiran warga asing yang mencuba nasib mereka di Malaysia.
Pembolehubah 3 : Pengangguran
Pengangguran adalah masalah ekonomi dimana buruh tidak bekerja tetapi sanggup mendapatkan pekerjaan. Antara punca pengangguran adalah kemelesetan ekonomi dan penggantian buruh kepada mesin. Apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang, ekonomi dikatakan mencapai guna tenaga penuh dan pengangguran yang selebihnya itu dikatakan bersifat sementara dan sering berlaku di mana-mana negara di dunia.

Menurut artikel yang dilampirkan, pengangguran di Malayia berada di tahap yang minimal hasil dari perkembangan ekonomi yang stabil. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang konsisten dan diurus dengan baik mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk rakyat dan secara amnya mengurangkan paras pengangguran.

Pembolehubah 4 : Inflasi
Inflasi adalah suatu kenaikan dalam tingkat harga barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi sesebuah negara dari semasa ke semasa dan berterusan. Ini bermaksud pengurangan pembelian barangan atau perkhidmatan dengan unit mata wang yang sama nilai dengan yang sebelumnya. Ianya berpunca dari perbelanjaan lebih dari ekonomi yang mencapai guna tenaga penuh, kenaikan kos pengeluaran atau harga barang import yang sekaligus menyebabkan kos sara hidup meningkat dan taraf kehidupan menurun.

Oleh yang demikian, di dalam konteks artikel di atas, seperti yang dinyatakan, inflasi pada tahun 2016 dijangka berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Ini membawa maksud harga pasaran barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada tahun 2016 akan menjadi lebih rendah dari tahun sebelumnya. Kadar inflasi yang stabil dan semakin menurun ini disebabkan oleh beberapa faktor penting seperti turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan atau perubahan di dalam bekalan yang ditawarkan. Untuk mengurangkan kadar inflasi ini, pertumbuhan produktiviti negara haruslah selaras dengan pertumbuhan bekalan wang negara.

Pembolehubah 5 : Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah penyata urus niaga dan aliran modal antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Ianya menggambarkan sama ada perdagangan antarabangsa menguntungkan atau merugikan negara itu. Menurut artikel yang dilampirkan, urus niaga eksport Malaysia akan terus berkembang dengan kadar yang agak perlahan. Ini adalah akibat dari kemerosotan ekonomi dunia yang mengakibatkan permintaan produk untuk di eksport berkurangan. Ini berlaku berkemungkinan kerana negara pengimport mengamalkan dasar perlindungan bagi menghadkan perdagangan antarabangsa dengan menyekat kemasukan barang-barang import.

Pembolehubah 6 : Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi adalah peningkatan kegiatan ekonomi yang menyebabkan KDNK sesebuah negara meningkat disebabkan oleh pertambahan jumlah keluaran negara, pembangunan infrastruktur dan pertambahan peluang pekerjaan. KDNK lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi berbanding KNK kerana KDNK menunjukkan pertambahan output di dalam negara itu sahaja manakala KNK melibatkan pertambahan output di luar negara.

Menurut artikel yang dilampirkan, kerajaan berazam untuk mencapai sasaran pengurangan defisit daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berusaha ke arah sasaran bajet berimbang. Berkemungkinan dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April mampu mempelbagaikan dan menstabilkan asas pendapatan kerajaan dan ekonomi Malaysia mampu terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan terutama pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian.

Pembolehubah 7 : Pertumbuhan Kebajikan
Pertumbuhan kebajikan bermaksud kenaikan taraf hidup masyarakat apabila pendapatan negara meningkat melebihi pertambahan penduduk. Ianya diukur oleh pendapatan per kapita iaitu pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara. Pertubuhan kebajikan tidak semestinya menggambarkan peningkatan taraf hidup masyarakat kerana peningkatan penduduk mungkin melebihi peningkatan KDNK benar yang akan menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun.
Menurut artikel yang dilampirkan, kerajaan sentiasa bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan menyusun beberapa strategi pelaburan Malaysia dimasukkan dalam lingkungan Program Transformasi Ekonomi. Berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2012, purata pendapatan isi rumah ialah RM5,000 sebulan manakala pendapatan median sebanyak RM3,626 sebulan yang membuktikan kerajaan komited untuk meningkatkan kadar upah dan kualiti hidup rakyat Malaysia. 
Pertumbuhan kebajikan rakyat juga jelas dengan perbelanjaan kerajaan ke atas prasarana yang dibangunkan seperti pengangkutan awam, penjagaan kesihatan termasuk hospital, klinik 1Malaysia dan perkhidmatan pendidikan dan sekolah.


2. KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA

Malaysia kini mengamalkan konsep ekonomi terbuka dalam menjana pendapatan negara. Malaysia disenarikan sebagai antara 13 negara yang dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pertumbuhan dan Pembangunan dalam Laporan Pertumbuhan 2008 yang telah mencatatkan pertumbuhan purata lebih daripada 7% setahun untuk tempoh 25 tahun. Menurut sumber dari BERNAMA pada Disember 2013, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara berbanding tempat ke-25 daripada 144 negara pada tahun 2012 dalam Laporan Daya Saing Globalnya (GCR) bagi tahun 2013-2014.

Malaysia juga di kategorikan sebagai sebuah negara peralihan yang bergerak dengan dipacu kecekapan kepada ekonomi yang berasaskan inovasi. Malaysia pada hari ini tidak hanya bergantung kepada pengeluaran bahan-bahan sumber asli seperti bijih timah dan getah dalam menjana pendapatan negara seperti tahun 1970-an, tetapi juga telah menjalankan sumber ekonomi pelbagai dan telah menjadi pengeksport utama bagi barangan elektrik, komponen-komponen elektronik, minyak sawit, serta gas asli. Selepas krisis kewangan Asia pada 1997-1998, Malaysia terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang kukuh, dengan purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5% setahun bagi tempoh 8 tahun iaitu dari tahun 2000 hingga 2008. Ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dengan cepat selepas kembali dilanda Krisis Kewangan Global pada tahun 2009, dengan mencatatkan kadar pertumbuhan purata 5.7% sejak tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga hampir berjaya dalam membasmi kemiskinan tegar dimana pendapatan isi rumah berada di bawah garis kemiskinan negara hanya dengan kadar 1% (purata pendapatan RM30 sehari pada tahun 2012) berbanding 51% pada tahun 1960an. Walaubagaimana pun kelompok kemiskinan kekal dan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masih agak tinggi berbanding negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh,  indeks ketidaksamaan agihan pendapatan di Malaysia berjumlah 0.41 pada tahun 2014, berbanding dengan 0.31 di Republik Korea dan 0.33 di Jepun (kedua-duanya pada tahun 2010). Manfaat pertumbuhan ekonomi telah dikongsi oleh semua rakyat dengan peningkatan pada kadar purata 6.3% setahun antara 2009 dan 2012.

Prospek jangka pendek ekonomi Malaysia pada keseluruhannya kekal pada kedudukan yang baik, walaupun terpakasa mengambil kira beberapa risiko. Ekonomi negara telah mempelbagaikan komoditi dan Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk meluaskan asas pendapatan dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Bajet 2014. Antara risiko yang perlu dihadapi adalah penurunan dalam harga minyak dan cukai dari sumber minyak yang masih menyumbang kepada pendapatan rakyat, walaupun sebahagiannya diimbangi oleh penghapusan subsidi bahan api pada tahun 2014. Risiko lain yang berkaitan adalah dengan turun naik dalam aliran modal akibat daripada tempias dasar kewangan AS. 

Pelaksanaan bagi meningkatkan produktiviti negara adalah dengan meningkatkan kualiti modal insan dan mewujudkan lebih banyak persaingan dalam ekonomi. Ini menjadi kunci bagi Malaysia untuk kekal berada di kalangan barisan negara ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi menangani cabaran-cabaran ekonomi dan membolehkan negara mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia pada tahun 2010 telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan menyeluruh. MEB melakukan beberapa bentuk pembaharuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya bagi sektor swasta dan menggerakkan ekonomi Malaysia ke dalam aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi di dalam bidang perindustrian dan perkhidmatan. 

Berikut adalah di antara dasar-dasar ekonomi utama yang telah dilaksanakan oleh kerajaan demi mamacu tahap perkembangan ekonomi negara agar sentiasa berdaya saing :-
·         Wawasan 2020, 
·         Dasar Ekonomi Baru, 
·         Dasar Pengkorporatan Malaysia, 
·         Penubuhan Ekonomi Berdaya Saing, 
·         Dasar Penswastaan, 
·         Pembangunan Sumber Manusia, 
·         Ekonomi Berasaskan Pengetahuan, 
·         Pembangunan Luar Bandar.



·         
     


3. KESAN - KESAN DASAR KEWANGAN TERHADAP KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA



Pengangguran boleh didefisinikan sebagai tenaga buruh yang mahu bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan yang tergolong di kalangan mereka yang berumur antara 15 ke 64 tahun.  Kadar pekerja yang menganggur menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi negara tersebut. Ianya juga bermakna tenaga buruh tidak digunakan sepenuhnya dan faktor-faktor pengeluaran lainn iaitu modal tetap seperti kilang serta faktor seperti tanah pertaniah dibazirkan.

Kadar pengangguran dipengaruhi oleh masalah ekonomi yang berlaku di sesebuah negara di mana terdapat kekurangan penawaran pekerjaan oleh pihak majikan di pelbagai sektor. Tenaga buruh tidak ditawarkan pekerjaan walaupun mereka berkelayakan dari segi pendidikan dan kemahiran. Ini mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan di antara jenis pekerjaan yang pekerja mahukan dan jenis kerja yang ditawarkan oleh majikan. Pembangunan teknologi juga turut menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran.  Kemahiran baru seperti kenahiran mengendalikan mesin berteknologi tinggi di dalam  banyak industri menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran akan kehilangan pekerjaan. Kadar pengangguran boleh dikurangkan sekiranya terdapat peningkatan pada kadar guna tenaga, pendapatan/keluaran tenaga dan pencapaian ekonomi di sesebuah negara. Penggunaan tenaga penuh dalam ekonomi boleh dicapai apabila kadar pengangguran berada pada paras 4%.

Dalam krisis ekonomi pada masa ini, pekerja dalam syarikat dan kilang akan mudah untuk diberhentkan oleh majikan apabila permintaan ke atas produk negara daripada rakan dagangan utama seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mulai mengecil dan menyebabkan kejatuhan eksport. Implikasinya, nasib pekerja dalam syarikat dan kilang milik tempatan dan multinasional yang berorientasikan eksport. Kesan dari krisi ekonomi ini akan menyebabkan puluhan ribu rakyat akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Kesan pengangguran dari aspek ekonomi negara termasuklah penurunan keluaran negara, menurunkan taraf hidup masyarakat dan sekaligus melambatkan kadar pembangunan sesebuah negara.

Masalah pengangguran di Malaysia masih rendah berbanding negara maju lain seperti Jerman di mana kadar penganggurannya adalah lebih kurang 12%, Perancis 9%, Amerika Syarikat 5% dan Jepun antara 4% hingga 5% pada tahun 2014. Menurut sumber Jabatan Tenaga Kerja Malaysia pada tahun 2010, terdapat pelbagai langkah yang di beri tumpuan oleh kerajaan bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi seperti perkembangan permintaan dalam negeri. Justeru, prospek pekerjaan baru dijangka wujud di dalam bidang berkaitan teknologi maklumat dan perindustrian.

STATISTIK GUNA TENAGA, TENAGA BURUH DAN PENGANGGURAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 2010 - 2014
MAKLUMAT
2010
2011
2012
2013
2014
Jumlah Tenaga Buruh (‘000)
8641.4
9038.2
8880.9
9010.0
9194.0
Jumlah Guna Tenaga (‘000)
8426.5
8817.4
8596.9
8741.0
8928.0
Jumlah Pengangguran (‘000)
214.9
220.8
284
269
266
Kadar Pengangguran (%)
2.5
2.4
3.2
3.0
2.9

Sumber : Laporan Ekonomi Tahun 2014

Dari jadual jelas menunjukkan kadar pengangguran dari tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah turun naik. Pada tahun 2010 dan 2011, kadar penggguran turun dari 2.5% kepada 2.4%. Pada tahun 2012 kadar pengangguran semakin meningkat kepada 3.2% dan kemudiannya terus menurun dari 3.0% dalam tahun 2012 ke 2.9% dalam tahun 2000.. Pengiraan kadar pengangguran adalah melibatkan kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding dengan jumlah tenaga buruh dimana boleh diringkaskan seperti berikut :-

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan bahawa sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 sejak 2011 hingga Jun, 2015,  kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 75% graduan akan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar dengan Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang mencari pekerjaan pada setiap masa (Astro Awani, 14 Jun 2015). Manakala laporan dari MIDF Research dalam nota kajian mereka pula menunjukkan kadar pengangguran pada tahun 2014 semakin meningkat dari 2.7% pada bulan Oktober kepada 3.3% pada bulan Disember, dimana kadar pengangguran berada pada 478,100 berbanding 453,300 pada bulan sebelumnya. Kadar ini masih rendah jika dibandingkan dengan kadar pengangguran pada 4.1 peratus ketika Malaysia mengalami krisis kewangan pada tahun 2008. Jumlah pengangguran negara berada pada 432,100 pada Disember 2015 dengan kadar penyertaan tenaga kerja adalah sebanyak 67.8% dari 67.7% meningkat 0.1%, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik. Jobstreet.com mendedahkan 41% majikan di Malaysia mengambil tindakan mengurangkan pengambilan pekerja baru pada separuh kedua tahun 2015. Kajian ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa aliran pertumbuhan pekerjaan di Malaysia mengalami penurunan bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun 2015 berbanding 14% dalam tempoh yang sama pada tahun 2014 (Astro Awani, 22 April 2015).


3.1 : PUNCA PENGANGGURAN

Masalah pengangguran selalu berlaku dalam ekonomi kerana permintaan agregat adalah kurang daripada penawaran agregat yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran. Oleh itu, pada waktu-waktu tertentu, terdapat faktor-faktor pengeluaran yang tidak digunakan sepenuhnya oleh ekonomi. Ada kalanya pula, kegiatan ekonomi mencapat tingkat yang sangat tinggi sehingga semua tenaga buruh di dalam ekonomi digunakan sepenuhnya, Keadaan ini dikenali sebagai guna tenaga penuh. Kitaran turun naik permintaan dan penawaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami kemelesetan ekonomi akibat dari krisis matawang pada awal tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya dan memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia pada ketika itu. Kini pada awal abad ke 20 ini, kita kembali pula pada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Isu pengangguran seringkali berhubung kait secara langsung dengan ekonomi dunia. Namun demkian, hasil daripada sokongan kerajaan di dalam dasar ekonomi negara yang telah dirancang dengan baik, Malaysia dapat menangani isu pengangguran ini sebelum ianya berada pada tahap yang membimbangkan.


3.1 : KESAN PENGANGGURAN KE ATAS EKONOMI

Pengangguran bermakna tenaga buruh tidak digunakan dengan epenuhnya dan faktor pengeluaran lain iaitu modal tetap seperti kilang serta faktor tanah seperti tanah pertanian dibazirkan. Keadaan ini akan mengurangkan hasil Keluaran Negara Kasar sekaligus mengurangkan pendapatan negara. Apabila kepadatan penduduk bertambah, pendapatan per kapita negara akan jatuh dan kesannya adalah terhadap tarat hidup rakyat yang akan semakin menurun. Kekurangan dana dan sumber pendapatan negara akan melambatkan proses pembangunan negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat dan sekaligus gagal menarik pelaburan asing untuk bertapak di Malaysia.

Apabila faktor-faktor pengeluaran dibazirkan, keupayaan pengeluaran semasa akan menjadi rendah dan seterusnya menghalang pertumbuhan ekonomi di masa hadapan.  Pembaziran faktor-faktor pengeluaran akan menyebabkan firma mengalami ketidakcekpan dalam pengeluaran. Had kemungkinan pengeluaran tidak dapat dicapai di dalam ekonomi. Kenaikan kadar pengangguran menjejaskan usaha kerajaan untuk meninggikan kemajuan ekonominya dan sekaligus meningkatkan kadar kemiskinan rakyat dan ekonominya.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang pekerjaan yang semakin terbatas, kerajaan bakal berdepan dua cabaran besar iaitu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka. Kerajaan juga perlu memastikan graduan lepasan universiti mempunyai tempat dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, kerajaan juga perlu mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik perniagaan dapat meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Ahli ekonomi mencadangkan agar kerajaan menjalankan dasar perlindungan, iaitu menyekat kemasukan barangan import. Langkah ini akan melindungi industri tempatan dan seterusnya menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Namun demikian, apabila kerajaan mengimplementasi dasar perlindungan ini, ianya akan menghadkan perdagangan antarabangsa Malaysia dan negara luar dan yang yang paling membimbangkan apabila negara lain juga bertindak balas melakukan perkara yang sama terhadap Malaysia. Akibatnya, semua pihak akan mengalami kerugian. Oleh itu, kerajaa perlu berhati-hati apabila ingin melaksanakan sesuatu dasar demi kebaikan jangka panjang.

Bagi menambahkan permintaan untuk tenaga buruh, pelaburan perlu ditambahkan dan penggunaan intensif perlu digalakkan. Kerajaan boleh menarik pelaburan dari negara asing dengan memberi insentif seperti taraf perintis (pengecualian cukai syarikat) dan penyediaan kawasan industri yang berdaya saing. Kerajaan juga boleh menaiktaraf mobiliti pekerja dengan memberi kemudahan pengangkutan, kediaman dan latihan yang berkaitan melalui pendidikan vokasional dan teknik.

Dasar fiskal melibatkan perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang diamalkan. Kekurangan perbelanjaan agregat menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan cepat. Ini menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat disediakan. Perbelanjaan agregat yang rendah juga mungkin disebabkan oleh deflasi yang berlaku. Oleh yang demikian, kerajaan telah meningkatkan perbelanjaannya dan mengurangkan cukai dikalangan masyarakat bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dan menghapuskan masalah deflasi yang wujud.

Dasar kewangan melibatkan perubahan bekalan wang dan perubahan kadar bunga dalam ekonomi. Sewaktu deflasi, fenomena pengangguran akan wujud di dalam ekonomi.  Oleh itu dasar kewangan perlu dilonggarkan supaya perbelanjaan agregat dapat ditingkatkan. Kerajaan melalui Bank Negara akan menambahkan bekalan wang dalam ekonomi dan menurunkan kadar bunga supaya pelaburan menjadi lebih kos efektif. Dengan demikina, perbelanjaan di kalangan pengguna akan meningkat, keluaran negara akan meningkat sekaligus dapat menghapuskan masalah pengangguran dan deflasi. Biarpun masalah pengangguran negara masih dalam keadaan terkawal, sebagai langkah persediaan, kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang berlaku.


4. CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN MENGGUNAKAN DASAR KEWANGAN DI MALAYSIA.

Persekitaran global yang tidak menentu seperti pencerobohan kententeran ke atas negara-negara Arab dan penghapusan etnik ke atas rakyat Rohingya yang semakin rumit telah menjejaskan pemulihan ekonomi dunia. Pemulihan yang dijangkakan sebelum ini, kini semakin pudar dengan sebahagian besar analis meramalkan pertumbuhan ekonomi negara-negara maju, terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun, akan terus rapuh. Perkembangan yang tidak menggalakkan ini sudah tentunya akan memberi impak negatif ke atas negara-negara lain, terutamanya negara membangun seperti Malaysia.
Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kesan krisis kewangan Asia dan mula kembali kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan 8.3 peratus pada tahun 2002. Namun pada tahun berikutnya, momentum pertumbuhan ekonomi negara telah tergugat sekali lagi oleh kelembapan ekonomi global berikutan kesan negatif salah laku urus tadbir korporat. Untuk menangani kesan kelembapan ini, Kerajaan telah bertindak pantas dengan melaksanakan dasar dan strategi pro-growth melalui Pakej Rangsangan Pre-emptive. Langkah ini telah berjaya menghindar negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan, tidak seperti yang dialami oleh beberapa negara di rantau ini. Malahan, pemulihan ekonomi negara telah kembali ke landasan yang lebih kukuh pada tahun 2004 dengan mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus. 
Bagi memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih teguh, adalah dicadangkan, Kerajaan boleh mengambil inisiatif segera untuk menggubal dasar dan langkah-langkah strategik seperti berikut :-

STRATEGI I : MENGGALAKKAN PELABURAN SWASTA
Untuk mempastikan potensi pertumbuhan tinggi ekonomi negara dapat dicapai, sektor swasta perlu kembali memainkan peranan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan ini, sektor swasta perlu meningkatkan pelaburan sedia ada, di samping meneroka peluang pelaburan baru. Pelaburan asing langsung (FDI) telah memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara, terutamanya dalam proses perindustrian negara. Walau bagaimanapun, negara kini perlu memberi lebih penekanan terhadap usaha meningkatkan pelaburan tempatan, memandangkan pergerakan modal antarabangsa yang telah berkurangan berikutan persekitaran global yang tidak menentu serta peningkatan persaingan dalam mendapatkan aliran FDI, terutamanya dari negara China.
Justeru itu, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menyediakan iklim pelaburan yang lebih menarik dan kondusif untuk menggalakkan inisiatif pelaburan swasta seperti menjadikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sebagai pemangkin pertumbuhan. SME akan dipertingkatkan untuk menjadi pemangkin pertumbuhan. Bagi tujuan ini, Kerajaan perlu terus memberi sokongan kepada SME bagi mengembangkan aktiviti mereka dengan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dan mudah seperti Skim Kredit Mikro. Kemudahan terutamanya dari segi melonggarkan syarat pinjaman termasuk keperluan cagaran, kos pinjaman yang rendah dan menyegerakan tempoh kelulusan serta jadual pembayaran balik yang fleksibel seperti sistem mentoring akan diperkenalkan di mana sesuai, bagi mempastikan peminjam membuat bayaran balik secara harian, mingguan atau bulanan berasaskan kepada aliran tunai mereka. Ini sekaligus dapat mengelakkan kegiatan pinjaman haram. Institusi kewangan perlu digesa mempraktikkan sepenuhnya client charter sebagai jaminan komitmen kepada aspirasi dan usaha Kerajaan membangunkan SME. Bank Negara Malaysia (BNM) akan dipertanggungjawabkan untuk memantau institusi kewangan yang mengamalkan client charter ini.
Antara institusi kewangan yang boleh menyediakan program kredit mikro bagi membantu sektor SME adalah seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia, Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

STRATEGI II :MEMPERKUKUHKAN DAYA SAING NEGARA
Sebagai usaha untuk mempertingkatkan daya saing negara, insentif cukai perlu dikaji dan diperbaiki selaras dengan perakuan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi Meningkatkan Daya Saing Negara . Ianya boleh dilakukan dengan :-
a) Memanjangkan tempoh Taraf Perintis - pengecualian cukai sepenuhnya dari 70% yang sedia ada dan memanjangkan tempoh 10 tahun kepada 15 tahun bermula dari tahun pertama syarikat mencatat keuntungan
b) Memanjangkan tempoh Elaun Cukai Pelaburan -pengecualian cukai 100 peratus dipanjangkan daripada 5 tahun kepada 10 tahun
c) Group relief - pada masa kini, Group Relif merupakan satu galakan di mana cukai pendapatan dapat dikurangkan dengan membenarkan keuntungan syarikat ditolak dengan kerugian syarikat lain dalam kumpulan yang sama. Namun demikian, ia hanya diberi kepada sektor pengeluaran bahan makanan. Oleh itu adalah dicadangkan ianya diperluaskan ke sektor perladangan seperti ladang hutan, termasuk ladang kayu getah, sektor pembuatan seperti bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik
d) Potongan dua kali untuk perbelanjaan R&D - Pada masa ini, di bawah insentif potongan dua kali untuk R&D, perbelanjaan R&D yang dibuat dalam tempoh Perintis tidak dibenarkan dikumpul dan dibawa ke hadapan untuk ditolak daripada pendapatan selepas tempoh Perintis. Di samping itu, potongan hanya dibenarkan bagi perbelanjaan R&D dalam negara. Bagi menggalakkan aktiviti R&D, syarikat perlu dibenarkan mengumpul dan membawa ke hadapan perbelanjaan R&D yang telah diluluskan dalam tempoh Taraf Perintis, untuk diberi potongan sekali lagi selepas tempoh Perintis. 
e) Insentif bagi hypermarkets dan syarikat jualan langsung yang mengeksport produk buatan tempatan - Pada masa ini, tiada galakan cukai diberi kepada hypermarkets dan syarikat jualan langsung yang mengeksport barangan keluaran tempatan. Bagi mempastikan barangan keluaran tempatan mendapat pasaran yang meluas di luar negara, hypermarkets dan syarikat jualan langsung yang mengeksport barangan keluaran tempatan haruslah diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan statutori bersamaan 20 peratus daripada nilai peningkatan eksport.
f) Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia - Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi daya saing negara, produktiviti dan efisiensi tenaga kerja perlu dipertingkatkan. Bagi tujuan ini, tindakan perlu diambil bagi menambah baik kemudahan latihan kemahiran untuk menyediakan tenaga kerja berteknologi dan berkemahiran tinggi. Denagn itu, jabatan yang bertanggungjawab perlu meluaskan lagi bidang dan melonggarkan syarat penggunaan Dana Pembangunan Sumber Manusia untuk latihan dalam bidang perkhidmatan berkaitan pembuatan, termasuk logistik, sokongan pasaran dan ICT. Tempoh penggunaan dana oleh syarikat juga boleh dilanjutkan daripada 2 kepada 5 tahun bagi memaksimumkan penggunaan dana yang disediakan. . Selain itu, Tabung Pembangunan Kemahiran yang sedia ada perlu dirangka semula dan bagi membantu pelajar teknikal dan vokasional mendapat pinjaman dengan lebih mudah. Selain dari bantuan sokongan di dalam bentuk dana, syarikat swasta juga boleh digesa agar menyediakan satu platform kemahiran yang seiras Skim Latihan di bawah penyeliaan syarikat milik Kerajaan, seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad. Ini bagi menghasilkan graduan yang berpotensi besar dan lebih bersedia menghadapai realiti alam pekerjaan.

STRATEGI III: MEMBANGUNKAN PUNCA PERTUBUHAN BARU
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara terdedah kepada persekitaran luar yang tidak menentu. Oleh yang demikian, negara perlu mengurangkan pergantungan yang berlebihan kepada sektor luar. Sementara itu, inisiatif perlu dipertingkatkan bagi menggerakkan aktiviti ekonomi yang didorong oleh sumber dalaman. Untuk ini, negara wajar mempelbagaikan punca pertumbuhan baru. Sektor utama yang akan diberi perhatian khusus ialah sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
Sektor perkhidmatan berpotensi untuk diperkembangkan lagi, memandangkan pada masa ini sektor tersebut hanya menyumbang 57 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berbanding sumbangan yang lebih tinggi di kalangan negara maju, iaitu antara 60 dan 75 peratus. Antara bidang yang boleh dimajukan, termasuk pendidikan dan pelancongan. Sehubungan ini, usaha perlu dilipatgandakan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dan Wisma Putra akan bersama menggembleng usaha bagi melaksanakan aktiviti mempromosi pendidikan negara terutamanya di negara Arab Saudi, China, Indonesia dan Vietnam. . Bagi tujuan ini, kerajaan perlu mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa mengikuti program pendidikan di Malaysia. Untuk menjadikan program pelancongan lebih berkesan, aktiviti promosi bagi penawaran pakej pelancongan melalui media massa, roadshow, pameran, pengiklanan dan dokumentari perlu lebih terselaras antara agensi pelancongan dan badan Kerajaan, terutamanya bagi program seperti Malaysia Rumah Kedua Ku. Kerajaan juga mungkin boleh mengurangkan kadar cukai ke atas bilik tempahan bagi menggalakkan kerancakkan industri ini.
Sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK negara, terutamanya industri elektronik. Memandangkan suasana luar yang terus tidak menentu, di samping persaingan sengit oleh new global players, usaha perlu diambil bagi mempercepatkan peralihan kepada pengeluaran produk yang bernilai tambah tinggi dan menerokai bidang baru di mana Malaysia mempunyai daya saing. Di antara langkah yang boleh di ambil kerajaan ialah dengan menyediakan matching grant bagi syarikat-syarikat di sektor yang dikenal pasti, untuk menjalankan aktiviti R&D di Malaysia. Bantuan berbentuk seperti sewa kemudahan di pusat incubator serta taman sains dan teknologi, gaji kakitangan (para saintis dan penyelidik) dan kos R&D, termasuk kos projek R&D usahasama antara industri dengan institusi penyelidikan, universiti atau syarikat berasaskan penyelidikan adalah amat diperlukan.
Sektor pertanian merupakan jentera ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan ini, Kerajaan harus terus mengambil langkah untuk meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian berskala besar dan komersial. Usaha harsulah dipergiatkan lagi untuk menjadikan negara sebagai pusat serantau bagi pengeluaran makanan dan produk halal. Di samping itu, penekanan harus diberikan kepada langkah untuk menambahkan pengeluaran komoditi pertanian dengan menggalakkan kegiatan perladangan di kawasan tanah terbiar, bagi memenuhi permintaan makanan dalam negeri yang semakin meningkat dan untuk eksport. Sebagai contoh, bagi menggalakkan industri perabot berasaskan getah, aktiviti penanaman semula getah harus dilaksanakan dengan segera dan peruntukan permulaan harus disediakan kerajaan bagi meningkatkan taraf infrastruktur yang sedia ada. Selain itu, industri perikanan juga boleh diperkembangkan, khususnya dengan meningkatkan kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan kepada nelayan. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) perlu meneliti keperluan bot yang dilengkapi dengan peralatan moden dan diperbuat daripada logam atau bahan komposit bagi menggantikan bot kayu yang sedia ada.

STRATEGI IV: MENINGKATKAN KEBERKESANAN “DELIVERY SYSTEM”
Delivery system perkhidmatan awam yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan perlaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Kerajaan perlu mewujudkan Pusat Sehenti pada dua peringkat utama iaitu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri. Peringkat PBT dipertanggungjawabkan untuk memproses semua permohonan berkaitan kawasan dibawah seliaan masing-masing termasuk mendapatkan perakuan daripada agensi teknikal yang berkaitan dan dikehendaki mematuhi Garis Panduan sedia ada dalam memberi perakuan. Hanya kes-kes rumit dan bermasalah akan dirujuk kepada di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk penyelesaian.

Kerajaan juga perlu meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangannya menerusi program latihan khusus bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan kepada rakyat. Portal Perkhidmatan Awam juga perlu diwujudkan sebagai one stop window bagi membolehkan orang awam mendapatkan maklumat terkini serta membuat pelbagai transaksi secara on-line. Selain itu, dialog tahunan antara Kerajaan Negeri serta PBT dengan sektor swasta perlulah kerap diadakan bagi tujuan menyebarkan maklumat dan menerima maklum balas.




KESIMPULAN
Memperbetulkan landasan ekonomi negara bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan demi menjaga dan memuaskan hati semua lapisan rakyat. Setiap perubahan ke arah kebaikan akan terasa paling sukar di awal perjalanan.  Justeru itu, ketika pelbagai agensi penarafan begitu tajam memerhatikan pembangunan di Malaysia dan negara-negara bersaing pula berusaha keras menandingi pengukuhan ekonomi Malaysia, kerajaan dan rakyat kita tidak boleh mudah mengalah dan perlu kekal cekal di atas landasan yang tepat yang telah dirangka oleh kerajaan.
Kerajaan pastinya akan terus memantau rapi perlaksanaan rangka ekonomi bagi mempastikan semua langkah dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Dengan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan dengan sokongan padu dari semua pihak, ekonomi Malaysia tentu berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang mantap, berkembang dan konsisten demi kebaikan sejagat.

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Awang. (n.d.). Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian. Retrieved from http://www.academia.edu/4439576/Krisis_Ekonomi_Malaysia_Punca_Implikasi_dan_Langkah_Penyelesaian
2. Bank Negara Malaysia. (n.d.). Pernyataan Dasar Monetari. Retrieved from http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4306〈=bm
3. Berita Harian. (2014, October 3). KDNK langkah tepat ukur pertumbuhan ekonomi. Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/9436
4. Harwaimun. (n.d.). Langkah Pemulihan Ekonomi Malaysia. Retrieved from http://www.harwaimun.com/Langkah.html
5. Universiti Kebangsaan Malaysia.Retrieved from http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D4.pdf
6. Universiti Malaya. (2012). Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/517/7/BAB7.pdf
7. Universiti Teknologi Malaysia. (2010). Komposisi perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi. Retrieved from http://www.management.utm.my/download/jurnal-kemanusiaan/bil-15-jun-2010/251-komposisi-perbelanjaan-kerajaan-dan-pertumbuhan-ekonomi-kajian-empirikal-di-malaysia/file.html
8. Utusan Malaysia. (2015). Mengekal momentum ekonomi. Retrieved from http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/mengekal-momentum-ekonomi-1.150092
9. Utusan Online. (2010). Langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0102&sec=Rencana&pg=re_07.htm
10. Unit Perancang Ekonomi, 2012

Comments

Popular posts from this blog

KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGURUSAN PAMPASAN