PENGURUSAN PAMPASAN
PENGURUSAN PAMPASAN
SOALAN
TUGASAN
TUJUAN
Tugasan ini
direka untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menerangkan bagaimana pelan
kemudahan fleksibel membantu organisasi dalam mencapai visi, misi dan objektif-objektif.
KEPERLUAN
Terangkan bagaimana pelan kemudahan fleksibel boleh membantu organisasi untuk mencapai visi, misi dan objektif-objektifnya. Cadangkan
objektif-objektif utama dalam membangunkan pelan kemudahan fleksibel dalam sesebuah
organisasi untuk meningkatkan kualiti kehidupan pekerja-pekerja.
ISI KANDUNGAN
NO.
|
KANDUNGAN
|
M/S
|
1
|
HURAIAN MENGENAI ORGANISASI – OPCOM HOLDING SDN
BHD
|
4
|
2
|
PELAN KEMUDAHAN FLEKSIBEL DI OPCOM
|
6
|
3
|
BANTUAN PELAN KEMUDAHAN FLEKSIBEL UNTUK MENCAPAI
VISI, MISI DAN OBJEKTIF OPCOM
|
11
|
4
|
CADANGAN OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA PELAN UTAMA
KEMUDAHAN FLEKSIBEL
|
15
|
5
|
RUMUSAN
|
18
|
6
|
RUJUKAN
|
19
|
1. HURAIAN MENGENAI ORGANISASI – OPCOM HOLDING
SDN BHD.
OPCOM Holdings Berhad telah diperbadankan di Malaysia pada bulan
November 1994 sebagai sebuah syarikat berhad swasta yang terlibat dalam pembuatan
kabel gentian optic, gel pengisian kompaun, aplikasi dan pemasangan kabel serta
produk-produk berkaitan kabel. Pada 23 Disember 2003, OPCOM disenaraikan di
pasaran MESDAQ Bursa Malaysia Securities Berhad.
OPCOM telah mendapat manfaat dan menikmati hubungan kerja
profesional dengan rakan usaha samanya, Ericsson Network Technologies AB,
Sweden, yang menyediakan platform untuk pemindahan teknologi, kemahiran
pengurusan dan pengalaman berterusan serta pengetahuan produk. OPCOM mempunyai
makmal ujikaji yang lengkap di negara ini, yang menjalankan pelbagai ujian
kabel pada produk kabel. Kilang pengeluaran OPCOM yang dipimpin oleh Pengurus
Kilang, Puan Rohiza Husain mempunyai kekuatan pekerja mahir seramai 126 orang
pekerja dan disahkan pensijilan MS ISO 9001: 2000 dan MS ISO 14001: 2004.
OPCOM sangat komited untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan
pelanggan melalui produk berkualiti tinggi, penghantaran tepat pada masanya dan
perkhidmatan pelanggan yang cemerlang sambil mengekalkan prestasi alam sekitar
yang tinggi melalui amalan alam sekitar yang terbaik. Perniagaan ini dibina dengan
memberi fokus jangka panjang, mampan dan berdaya saing. Dengan segala usaha dan
komitmen yang telah dilakukan selama ini, OPCOM telah berjaya membuat jenama
dengan sendirinya dengan kehadiran dan kedudukan yang kukuh untuk menjadi
pengeluar utama kabel gentian optik dan aksesori berkaitan kabel di Malaysia.
Visi & Misi
“Infrastruktur Jalur Lebar Terjangkau untuk Semua Rakyat Malaysia”
Untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
dan baik, disokong oleh penghantaran yang tepat pada masanya dan perkhidmatan
pelanggan yang cemerlang.
Mempromosikan kesaksamaan, pembelajaran dan inisiatif pertumbuhan
yang bertujuan untuk membangunkan pekerja OPCOM untuk mencapai potensi sebenar
mereka untuk mengekalkan keperluan sumber manusia organisasi di masa depan. Untuk
mempelbagaikan dan meneroka perniagaan lain yang menyokong pertumbuhan jangka
panjang kumpulan syarikat.
2. PELAN KEMUDAHAN FLEKSIBEL DI OPCOM
Pemberian ganjaran
merupakan aspek paling penting dalalm dunia pekerjaan. Ganjaran juga
dapat mempengaruhi motivasi pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti
organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya
ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktiviti dan motivasi pekerja.
Organisasi menawarkan pelbagai bentuk ganjaran bagi menarik minat pekerja
serta mengekalkan pekerja di dalam organisasi. Ganjaran yang menarik
dapat mempengaruhi motivsi kerana pemberian ganjaran yang sewajarnya dan
berpatutan menyebabkan pekerja merasakan sumbangan mereka kepada organisasi
dihargai dan sedia menunaikan tanggungjawab serta memberi hasil tugas yang baik.
Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran kewangan yang diberi secara
langsung kepada pekerja sendiri seperti gaji atau upah, bonus, elaun atau
pampasan. Manakala ganjaran bukan berbentuk kewangan ialah perubatan
percuma, cuti, kenaikan pangkat dan pengangkutan.
Faktor ganjaran menjadi
aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja. Gaji yang diberikan adalah
motivasi yang strategik kepada pekerja malah ganjaran-ganjaran lain di antaranya
bonus, cuti, elaun dan pengangkutan juga memberi sumbangan kepada faktor
motivasi pekerja. Walaupun pelbagai faktor lain yang menyumbang kejayaan organisasi,
namun pemberian ganjaran akan menjadi faktor yang penting boleh membawa kepada tingkat
kepuasan kerja dan motivasi, di samping produktiviti pekerja itu sendiri.
Oleh itu, organisasi harus mewujudkan sistem ganjaran yang efektif
dan fleksibel bagi memotivasikan tingkah laku pekerja dan mempercayai bahawa
pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza terhadap
ganjaran yang ditawarkan.
2.1 Insuran Kesihatan
Di OPCOM, syarikat ada menyediakan insuran kesihatan
kepada pekerja. Insuran yang dipilih oleh syarikat adalah dari pembekal insuran
– Great Eastern. Insuran ini merangkumi rawatan di hospital bersama
pakar, pakar penjagaan primer, penjagaan kecemasan dan juga surgeri yang
ditawarkan sebagai insuran berkelompok.
Secara dasarnya, insuran ini terbahagi kepada lima
kategori mengikut kategori seperti di dalam Jadual 1 :-
KATEGORI STAFF
|
GHS
(KADAR BILIK/RM)
|
JUMLAH PERLINDUNGAN
(RM)
|
|
2
|
Pengurusan
Kanan
|
160
|
200,000.00
|
3A
|
Pengurus
|
80
|
120,000.00
|
3B
/
3C
|
Penolong
Pengurus /
Eksekutif
|
80
|
80,000.00
|
4
|
Pegawai
|
80
|
60,000.00
|
5
|
Koordinator
Pembantu
Pejabat
|
80
|
50,000.00
|
Jadual 1 : Insuran Berkelompok OPCOM
Insuran kesihatan ini disediakan oleh syarikat atas rasa tanggungjawab
sosial kepada pekerja dan memilih untuk menawarkan lebih dari yang diwajibkan
oleh undang-undang. Dengan tersedianya pelan kemudahan insuran kesihatan ini, ianya
dapat meringankan beban kewangan pekerja sekiranya perlu mendapatkan rawatan susulan
yang lebih selesa dan cepat. Pihak syarikat merasakan insurans kesihatan adalah sebagai satu
medium sokongan kewangan yang amat diperlukan semasa kecemasan perubatan.
Selain itu, syarikat juga merasakan pekerja berhak untuk
mendapat rawatan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan sedemikian kerana
pekerja dapat membuat rawatan di hospital swasta dengan menggunakan insuran yang disediakan. Sekiranya pekerja mahu mendapatkan rawatan segera di hospital
awam, pekerja mungkin perlu menunggu giliran yang agak lama ekoran kebanjiran orang
pesakit.
2.2 Subsidi Perbelanjaan Makan Tengahari
Menurut Laporan
Selangor Kini bertarikh 8 Januari 2020, Kerajaan pusat dan majikan disaran
untuk memperluaskan pemberian kadar elaun makanan yang bersesuaian untuk diberi
kepada pekerja ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Faedah
tersebut dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang mungkin dihadapi para
pekerja.
Di OPCOM,
majikan memberikan subsidi makan tengahari di kafeteria yang disediakan. Setiap
pekerja yang makan di kafeteria hanya perlu membayar RM2.70 bagi setiap
hidangan. Manakala subsidi sebanyak RM2.30 setiap pekerja akan ditanggung oleh
majikan. Pekerja diberi pilihan untuk mengambil sajian lengkap iaitu nasi, sejenis
hidangan utama (ikan, ayam atau daging), sayur-sayuran atau ulam – ulaman,
hidangan sampingan seperti telur dan juga air yang telah disediakan.
Selain dari dapat
menampung perbelanjaan makanan pekerja, subsidi makanan ini juga dapat
menjimatkan masa pekerja untuk pergi membeli makanan di luar. Masa yang masih
terluang pada waktu rehat dapat digunakan untuk berehat seketika untuk menyegarkan
badan.
Walaupun harga
yang perlu dibayar adalah murah, syarikat masih tidak kompromi terhadap
kesihatan pekerja. Setiap masakan diberi pemantauan yang ketat oleh pihak
pengurusan. Pengurusan akan memastikan pola makanan adalah semimbang. Pekerja
sentiasa dihidangkan dengan makanan sihat berbanding masakan di luar yang tidak
diketahui tahap kebersihannya. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab pihak
pengurusan agar pekerja sentiasa sihat untuk menjalankan tugas harian.
2.3 Subsidi Perjalanan dan Pengangkutan Awam
Seperti yang
kita sedia maklum, perbelanjaan perjalanan ke tempat kerja merupakan satu kos
yang tinggi, terutamanya yang tinggal di bandar besar seperti Shah Alam,
Selangor. Kesesakan jalan raya menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan tol
agar sampai dengan lebih mudah dan cepat. Subsidi perjalanan seperti minyak dan
tol merupakan inisiatif faedah pekerja yang boleh majikan pertimbangkan untuk
tawarkan kepada para pekerja yang memandu ke pejabat. Buat mereka yang
menggunakan pengangkutan awam pula, subsidi seperti elaun bulanan serta kemudahan
pengangkutan juga merupakan jenis faedah pekerja yang komprehensif untuk diberi.
Pekerja-pekerja
di OPCOM layak untuk menerima elaun perjalanan sebanyak RM100.00 setiap bulan. Elaun
perjalanan dikira secara purata bergantung kepada rekod kehadiran mereka. Inisiatif
pelan kemudahan ini bertujuan mengurangkan beban kos perjalanan terutamanya kepada
yang tinggal agak jauh dari tempat kerja. Walaupun kadar yang ditawarkan agak
rendah berbanding organisasi lain, ianya masih sangat dihargai oleh para
pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain dari
bantuan kewangan, memandang ramai pekerja Opcom yang menggunakan kemudahan
komuter untuk ke tempat kerja. Oleh itu bas mini disediakan bagi membawa pekerja-pekerja
yang berulang alik dari syarikat ke stesyen komuter Shah Alam. Bas ini beroperasi
2 kali bagi setiap shif pagi dan petang.
2.4 Liputan
Rawatan Penjagaan Pergigian
Selain dari insuran kesihatan, OPCOM juga menawarkan
manfaat penjagaan gigi dan kos rawatan sebanyak RM300.00 setahun bagi setiap
pekerja. Menurut polisi syarikat, faedah penjagaan pergigian meliputi pelbagai
rawatan dan prosedur asas seperti pembersihan gigi rutin setiap enam bulan.
Rancangan penjagaan gigi yang ditawarkan oleh OPCOM
terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-
Perkhidmatan Pertama - yang berbeza dari pembersihan gigi rutin setiap 6
bulan termasuklah pemeriksaan, x-ray, pengedap dan rawatan fluoride.
Perkhidmatan Kedua - yang termasuk tampalan, bantuan kecemasan, terusan akar,
dan mahkota pergigian (crowning).
Perkhidmatan Ketiga - yang termasuk bridgework, penyingkiran gigi, gigi
palsu, dan prosedur kompleks lain.
Manfaat rawatan penjagaan gigi ini hanya boleh
digunapakai oleh pekerja sahaja dan jumlah yang tidak digunakan pada tahun
semasa tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Walaupun kos penjagaan gigi jarang
digunakan sepenuhnya oleh pekerja, pihak pengurusan masih mahu mengekalkan
manfaat ini demi kesejahteraan pekerja.
3. BANTUAN PELAN KEMUDAHAN FLEKSIBEL UNTUK
MENCAPAI VISI, MISI DAN OBJEKTIF OPCOM.
Penghargaan perlu di berikan kepada kakitangan
di dalam sesebuah organisasi. Ia menjadi rangsangan yang amat berguna untuk
meningkatkan prestasi individu, prestasi kumpulan sekaligus prestasi organisasi.
Seperti yang kita sedia maklum, objektif pengurusan sumber manusia dan objektif
syarikat sebahagiannya terbahagi kepada tiga (3) iaitu :-
i)
Menarik pekerja
yang berkebolehan menyertai organisasi
ii)
Pengekalan tenaga
kerja untuk jangka panjang
iii)
Membangunkan
tenaga kerja mengikut potensi
Seperti yang kita sedia maklum, visi dan misi syarikat haruslah berjalan
seiring dengan segala pelan tindakan organisasi bagi menjayakan objektif
syarikat. Usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian organisasi adalah suatu usaha
yang berterusan. Ia bukan sahaja melibatkan kenaikkan nilai pemegang saham,
pencapaian peluang yang berdaya saing, menambah nilai, dan menaikkan pulangan
pelaburan.
Seperti kata pepatah, “wang mudah diperolehi
tetapi tidak bagi pekerja yang baik". Kualiti pekerja yang baik dapat
membantu menaikkan pencapaian organisasi. Jika para pekerja tidak berpuas hati
dengan ganjaran dan faedah yang diberikan, maka ini akan menyebabkan wujudnya
masalah-masalah seperti ponteng kerja, kadar pusingan kerja pekerja yang tinggi,
penurunan produktiviti dan ketidaksungguhan bekerja.
Faedah pekerja kadangkala dirujuk sebagai
faedah sampingan tetapi sebenarnya ia adalah unsur-unsur asas di dalam pakej
pekerjaan. Meskipun faedah pekerja tidak menghasilkan motivasi secara terus, ia
dapat meningkatkan komitmen dan kepuasan bekerja terhadap organisasi. Di samping
itu, faedah pekerja boleh meninggikan lagi kesetiaan pekerja terhadap syarikat.
Firma-firma di Jepun umpamanya mempunyai pekerja-pekerja yang sangat taat
kepada syarikat yang akhirnya dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
Oleh yang demikian, pelan
kemudahan fleksibel adalah penting sebagai sistem sokongan demi mencapai matlamat
organisasi. Pelan kemudahan yang fleksibel dapat membantu merialisasikan visi
dan misi syarikat dari aspek :-
3.1 Untuk Menarik Bakat.
Selain dari gaji yang menarik, kebanyakkan
pekerja sekarang juga mengambil kira faktor pelan kemudahan yang fleksibel sebagai
faktor penerimaan kontrak kerja. Sekiranya organisasi mempunyai pelan yang
kompetitif, organisasi akan mampu menarik lebih banyak bakat yang terbaik yang
terdapat di dalam industri.
Opcom juga terkenal sebagai satu
organisasi yang sentiasa menjadi pilihan kepada institusi pengajian untuk
menghantar pelajar mereka menjalani Latihan Industri. Dengan faedah menarik
yang ditawarkan kepada pelajar latihan industri, selain bidang kerja dan
pelajaran berjalan seiring, sudah pasti Opcom akan menjadi pilihan kepada pelajar
Politeknik, UiTM, UIA dan lain-lain. Terdapat juga beberapa kes di mana
terdapat pelajar industri yang memohon untuk terus bekerja di Opcom kerana
tertarik dengan gaji yang ditawarkan selain dari faedah-faedah kepada staf yang
memberangsangkan.
3.2 Untuk Mengekalkan Kakitangan.
Organisasi yang menawarkan pelan
tindakan yang fleksibel pastinya akan dapat mengekalkan pekerjanya yang
terbaik. Pekerja tidak mungkin beralih arah kepada organisasi lain sekiranya
beliau yakin dengan tawaran organisasi. Dengan adanya pekerja senior yang
berpengalaman, syarikat dapat memacu prestasi dengan menggalakkan sekutu untuk
mencapai matlamat baru dan mendorong lebih jauh.
Seperti contoh, bagi jabatan pengeluaran
mempunyai empat (4) orang staf senior yang berkhidmat sejak dua puluh dua (22)
tahun lepas. Pekerja-pekerja ini mempunyai pengalaman luas mengenai mesin-mesin
pengeluaran yang diimport dari Sweden. Sebagai menghargai jasa dan pengetahuan
mereka di dalam bidang pengeluaran Opcom, empat (4) tenaga senior ini telah dilatih
menjadi tenaga pengajar kepada staf-staf baru dan sentiasa menjadi rujukan
sekiranya jabatan pengeluaran mempunyai masalah mengenai mesin produksi.
Pekerja ini juga tidak pernah
lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama staf baru. Keadaan ini menimbulkan
suasana harmoni sesama staf dan ini merupakan kejayaan kepada staf dan organisasi
dalam sama-sama bekerjasama untuk mencapai target produktiviti.
3.3 Meningkatkan moral pekerja yang secara
tidak langsung meningkatkan produktiviti.
Para pekerja pastinya merasa diri mereka
dihargai apabila kebajikan mereka terbela. Pihak pengurusan seharusnya tidak
memandang remeh ke atas kebajikan pekerja. Pekerja yang berpuas hati dengan
ganjaran dan faedah yang diberikan tidak akan mudah mendatangkan masalah kepada
majikan. Sebaliknya, mereka akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan bersama-sama
mencapai matlamat yang telah ditetapkan organisasi.
Sekiranya berlaku masalah pekerja, secara
tidak langsung produktiviti pengeluaran akan menurun akibat dari sikap pekerja
yang tidak mahu bekerja sepenuhnya. Akibatnya matlamat Opcom yang ingin menjadi
pengeluar terbesar kabel optik di Malaysia, pastinya tidak dapat dicapai.
3.4 Sebagai jaminan perlindungan kepada
pekerja
Ganjaran dan faedah yang diberi oleh sesebuah
organisasi itu amatlah penting sebagai jaminan dan simpanan hari tua seseorang
pekerja. Ganjaran yang diberi memberi jaminan agar keperluan sehari untuk seisi
keluarga dapat dipenuhi. Sementara faedah pula memberi perlindunagn kepada pekerja
sekiranya pekerja tersebut ditimpa bencana atau kemalangan semasa bekerja.
Dengan ini faedah-faedah yang ditawarkan itu akan menolong pekerja mengekalkan
taraf kehidupan mereka.
Seperti yang dapat dilihat, pekerja-pekerja
di Opcom tidak boleh berhenti bercerita tentang budaya kerja mereka. Dengan
rakan sekerja yang mesra dan persekitaran yang selamat dan sihat dapat memupuk
semangat berpasukan yang tinggi. Budaya Opcom sentiasa mengutamakan keselamatan
pekerja, sokongan yang kuat dari pihak pengurusan dan juga mempunyai ahli
pasukan yang prihatin terhadap satu sama lain. Ini membuktikan yang syarikat mengambil
berat tentang pekerja dengan menyediakan insuran kesihatan, makanan yang sehat dan
juga menggalakkan pekerja mengambil rehat yang cukup. Dalam erti kata lain,
syarikat mengambil kira kesejahteraan pekerja, dan pekerja juga tahu mereka
dihargai. Oleh itu pekerja akan lebih
cenderung untuk tetap terlibat dengan kerja, komited, dan produktif yang
membantu untuk mempercepatkan dan memaksimumkan ROI. Pelan pampasan yang baik
juga boleh meningkatkan kepuasan kerja secara umum.
4. CADANGAN OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA PELAN
UTAMA KEMUDAHAN FLEKSIBEL.
Setiap kemudahan pelan fleksibel
yang ditawarkan organisasi pasti mempunyai ruang penambahbaikan. Begitu juga di
Opcom, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia sentiasa mencari jalan penambahbaikan
bagi memberi keselesaan dan demi kebajikan pekerja. Seperti contoh-contoh
dibawah, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan juga pihak pengurusan sedang
mengkaji faedah-faedah lain yang mungkin dapat diberikan kepada pekerja pada
masa akan datang.
4.1 Konsep
Bekerja Dari Rumah
Bekerja
dari rumah merupakan scenario baru di Malaysia. Namun demikian, situasi ini
telah lama dipraktikkan di kebanyakkan syarikat di negara Eropah. Pelbagai penjimatan
kos oleh majikan dan juga pekerja dapat dilakukan dengan bekerja dari rumah. Kepada
majikan, penjimatan kos ruang pejabat dan utiliti dapat dimaksimumkan. Manakala
bagi pekerja pula, penjimatan kos perjalanan dan tenaga dari bersesak-sesak di
jalan raya ke pejabat.
Bagi
pekerja yang baru berkeluarga, sudah semestinya masa bersama anak-anak kecil
amatlah berharga. Sekiranya majikan memberi kelonggaran untuk bekerja dari
rumah pada hari-hari tertentu sudah tentunya akan menarik lebih ramai generasi
Y untuk menyertai pasukan kerja. Dengan cara ini, manfaat yang ditawarkan
secara tidak langsung akan membantu syarikat untuk membangunkan potensi sebenar
pekerja kerana pekerja boleh bekerja pada suasana yang lebih fleksibel dan mungkin
di bawah tahap stress.
4.2 Bantuan
Kewangan Belajar
Pelangsaian hutang pinjaman pendidikan seperti PTPTN, Majlis Amanah
Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sememangnya wajib dibayar
setelah pekerja mula bekerja sepenuh masa. Namun, pasaran pinjaman pendidikan
dan peningkatan hutang pinjaman pendidikan telah menjejaskan ekonomi pada zaman
ini. Bahkan bantuan kewangan belajar telah menjadi satu faktor penting dalam pencarian
kerja dan perundingan gaji.
Sebagai contoh, Vector Infotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat
tempatan yang di dalam rangkaian industri dan teknologi telah memulakan
inisiatif membantu meringankan bebanan kewangan pekerja dengan menawarkan
bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN sejak beberapa bulan lalu. Menurut kata
Pengarah Urusannya Hii Ding Sin, syarikat tersebut komited untuk membantu
pekerjanya melangsaikan hutang pinjaman PTPTN sebagai satu strategi untuk
menarik, mengekalkan dan sebagai ganjaran kepada pekerja cemerlang dan pekerja
baharu.
Manakala menurut
laporan Berita Harian Online (10 Ogos 2019), Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan, majikan yang memiliki
perniagaan berdaftar agar merebut peluang pelepasan cukai tanpa had bagi tahun
berakhir 2019 dan mungkin akan dilanjutkan pada tahun-tahun yang akan datang,
sebagaimana yang diumumkan ketika Belanjawan 2019 yang lalu. Pengurus Besar Kanan
PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop menyatakan pelepasan cukai itu boleh diperoleh
menerusi bantuan PTPTN oleh majikan kepada kakitangan sepenuh masa. Majikan
seharusnya merujuk bantuan ini sebagai hadiah atau sumbangan majikan kepada
kakitangan yang layak menerimanya tanpa melibatkan gaji kakitangan.
Dengan itu, jelas dapat
dilihat komitmen majikan menawarkan pekerja mereka beberapa bentuk bantuan
atau insentif yang dikategorikan sebagai
manfaat yang akan dipertimbangkan oleh pekerja. Majikan boleh menawarkan manfaat
ini kepada pekerja cemerlang dan ini akan membuatkan pekerja berlumba-lumba
dalam memberi prestasi yang terbaik sekaligus memberi kesan positif kepada
syarikat. Selain itu, manfaat dari segi bantuan kewangan juga membolehkan
syarikat mengikat kontrak bersama pekerja. Ini dikira sebagai situasi “menang
menang” kerana syarikat mendapat modal insan terbaik dan pekerja dapat menjamin
pekerjaannya.
4.3 Insuran
Kesihatan Berkelompok
Seperti
yang kita sedia maklum, rata-rata syarikat pada masa kini menawarkan insuran
kesihatan kepada pekerjanya. Namun demikian, hanya segelintir majikan yang
memperluaskan skim insuran tersebut kepada ahli keluarga pekerja.
Sekiranya
manfaat insuran kesihatan ini dapat diperluaskan, sudah pastinya pekerja akan
berasa dihargai oleh majikan. Ini adalah salah satu faktor motivasi kesan dari
kenaikan kos perubatan. Selain itu, seiring dengan misi Opcom dalam mempromosikan
kesaksamaan dikalangan pekerja, dengan adanya penyediaan insuran kesihatan
kepada pekerja dan ahli keluarga akan dapat mendekatkan jurang manfaat yang
diperolehi oleh pegawai atasan, pihak pengurusan dan pekerja bawahan.
4.4
Caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja Yang Lebih Tinggi.
Seperti
yang termaktub di dalam undang-undang pekerjaan Malaysia, majikan wajib untuk
mencarum syer majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13%
dari gaji pekerja. Namun demikian, terdapat beberapa majikan yang memberi
faedah hebat kepada pekerja dengan mencarum syer majikan dengan kadar yang
lebih tinggi. Sebagai contoh, pihak pengurusan Syarikat Air Selangor, mencarum
sebanyak 15%, 3% lebih tinggi dari kadar yang telah ditetapkan oleh
undang-undang. Walaupun kelebihan faedah ini tertakluk kepada pekerja yang
bekerja lebih pada 5 tahun, ianya masih diklasifikasikan sebagai faedah yang
jarang ditawarkan dikebanyakkan syarikat di Malaysia.
5. RUMUSAN
Pengurusan
pampasan adalah perkara utama dalam pengurusan sebuah organisasi kerana ia
menyumbang kepada kejayaan menyeluruh dalam pelbagai cara. Pengrusan pampasan
akan menjadi efektif apabila pihak pengurusan menghargai nilai pelaburan dalam
modal insan, kegembiraan warga kerja dan nilai gaji yang kompetitif.
Adalah
penting bagi suatu organisasi untuk menetapkan gaji yang menarik perhatian serta
sesuai dengan suasana ekonomi semasa kerana ini akan menjadi faktor pengekalan
modal insan yang berkualiti. Faedah yang mengimbangi keperluan asas kemanusiaan
juga merupakan faktor penting dalam menentukan sejauh mana pekerja merasa
gembira untuk membina kerjaya jangka panjang dalam organisasi tersebut.
Merancang
pakej pampasan yang menarik dan berdaya saing merupakan tugas utama Jabatan
Pengurusan Sumber Manusia bersama pihak pengurusan syarikat. Kajian kos sara
hidup dan standard kehidupan manjadi satu tanda aras dalam menentukan apa dan
bagaimana yang mahu ditawarkan. Tawaran pampasan yang menarik mampu
untuk merendahkan pusing ganti pekerja dan mengekalkan pekerja sekaligus
menjimatkan masa Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dalam aktiviti mengambil
pekerja dan menumpukan terhadap isu-isu yang lebih penting.
Pada dasarnya, polisi dan sistem ganjaran dilihat sebagai petunjuk sikap dan keprihatinan majikan terhadap pekerja. Pekerja yang tidak berpuas hati dengan pekerjaannya boleh meninggalkan pelbagai kesan negatif. Seperti mendorong pekerja tidak menyumbangkan perkhidmatan mereka yang terbaik untuk majikan. Staw (1976) menyatakan kesan daripada kepuasan kerja akan mempengaruhi prestasi kerja.
6.RUJUKAN
Ø
Elaun makan pekerja perlu
diperluas. (2014, January 8). Selangorkini. https://selangorkini.my/2014/01/elaun-makan-pekerja-perlu-diperluas
Ø
Insentif persaraan pekerja
perlu dikaji. (2018, September 16). BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/474381/insentif-persaraan-pekerja-perlu-dikaji
Ø
Kay Suhaimi. (2018, July 29). 9
Tips Untuk Berjaya Dengan Bekerja Dari Rumah. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/9-tips-untuk-berjaya-dengan-bekerja-dari-rumah.html
Ø
MENINGKATKAN PRESTASI
MELALUI PENGHARGAAN PEKERJA. (n.d.). naim2. https://b-naimem.tripod.com/buku.htm
Ø Staw,
B. M. (1976). Knee-deep in the Big Muddy: A study of escalating commitment to a
chosen course of action. Organizational Behavior & Human
Performance, 16(1), 27–44. https://doi.org/10.1016/0030-5073(76)90005-2
Ø Armstrong, M and
Murlis, H. (1994). Reward Management (3rd edition).
London: Kogan Page.
Ø Wayne F.Cascio.
(1995). Pengurusan Sumber Manusia. K.L: DBP.
Ø Harold Koontz and
Heinz Wiehrich. (1991). Pengurusan. K.L: DBP.
Ø Martin Fisher.
(1995). How To Reward Your Staff. London: Kogan Page.
Ø Pritchard, D and
Murlis, H. (1992). Jobs, Roles and People: The New World Of Job Evaluation. London: Nicholas
Brearley
Ø Armstrong. (1994). Performance Management. London:
Kogan Page.
Ø Cannell, M and Wood,
S. (1992). Incentive Pay: Impact and Evolution. London: Institute of
Personnel and Development.
Comments
Post a Comment