KONSEP NILAI DAN KEPUASAN PELANGGAN
1. PENGENALAN ORGANISASI Intiga Sdn Bhd Intiga Sdn Bhd (INTIGA) adalah sebuah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan di dalam bidang hiasan dalaman bagi bangunan-bangunan komersial di Malaysia khususnya Kuala Lumpur. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1984. Perniagaan INTIGA bermula dengan projek hiasan dalaman perumahan sehingga berkemampuan untuk membida projek bangunan komersial di Malaysia seperti projek hiasan dalaman Majestic Hotel, pusat membeli belah Pavilion dan Farenheit di Kuala Lumpur dan beberapa bangunan kerajaan persekutuan di Putrajaya. Kini, INTIGA lebih fokus kepada projek yang melibatkan penambahbaikan kecantikan bangunan menggunakan batuan marble. Pengurusan INTIGA diterajui oleh Encik Nick Looi sebagai Pengarah Urusan yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang hiasan dalaman terutamanya yang berkaitan dengan batuan marble. Beliau dibantu oleh 20 orang profesional bagi menerajui pihak pengurusan dan 75 orang staf di bahagian teknikal seperti di...
Comments
Post a Comment