PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI
Permulaan Artikel- PERNYATAAN DASAR MONETARI Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Ekonomi global terus meningkat pada kadar yang sederhana. Aktiviti ekonomi di negara-negara maju yang utama bertambah baik, namun pertumbuhan kekal pada kadar sederhana (Pembolehubah 6) . Di Asia, pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri dalam keadaan sektor luaran yang berterusan lemah. Pada masa akan datang, unjuran asas (baseline estimate) menunjukkan bahawa pertumbuhan global akan menjadi bertambah baik sedikit pada tahun 2017. Prospek bagi peralihan ke arah penggunaan dasar fiskal secara progresif dalam ekonomi maju boleh membawa kepada persekitaran dasar yang lebih seimbang, yang seterusnya menyokong pertumbuhan pada masa akan datang. Namun, terdapat ketidakpastian yang berpunca daripada risiko perlindungan perdagangan dan turun naik pasaran kewangan. Tu...