Daud Mat Jasak Mee Kari, Ipoh
Beberapa minggu lepas, kebetulan ada urusan di Ipoh. Dah selesai urusan, alang-alang nak redah jam balik ke Kulim di petang Jumaat, decide makanlah dulu kat Ipoh. Baca review Daud Mat Jasak Mee Kari macam viral je. Jomlah try. Sampai kat sana lebih kurang jam 6 petang. Parking tak susah since area situ banyak kedai yang dah tutup. Jadi lot-lot parking tu meriah je. Walking distance saja nak ke gerai Mee Daud. Kedai ni terletak kat Jalan Leong Yew Koh, Ipoh. Rasa ni oldtown Ipoh (tak familiar sangat Ipoh ni). Sebab area ni banyak shops lot bangunan lama. Antik dan unik. Cuma kalau dipelihara, lebih cantik. Ok back to cerita Mee Daud. Kata tuan kedai ni, sekarang ni bukak time petang je. Dah tak buka dua sesi macam sebelum ni. Masa sampai around 6 petang tu, dah ramai yang beratur. Kalau untuk orang yang berumur, better tunggu dalam kereta sementara nak dapatkan meja. And meja makan kat sini tak boleh main chop-chop ye. Kena tunggu "tuan rumah" assign masa dia ambil orde...