Posts

Showing posts from October, 2021

Kehilangan

Image
 Assalamualaikum Bila kita bercakap mengenai kehilangan, hanya yang pernah melaluinya saja dapat mengerti sakit yang perlu ditempuhi. Kehilangan insan yang menjadi tonggak kekuatan kita, adalah sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata. Kehilangan ibu, yang menjadi bahu untuk bersandar, yang berkongsi segala rasa, amat memeritkan. Bertahun masa yang diambil untuk hati menerima kenyataan yang ibu telah tiada. Setiap langkah yang diatur, setiap aktiviti yang dibuat, akan sentiasa mengingatkan dan mengimbau setiap gerak geri ibu, tutur katanya. Betapa kuat aura seorang ibu. Penglihatan masih memainkan setiap lenggok tubuh ibu taktala beliau berkata-kata. Lidah masih dapat merasai setiap kesedapan masakannya, meskipun hanya nasi bersama telur goreng berkuahkan kicap. Paling istimewa bagiku, setiap pagi sebelum ke ofis, ibu pasti menyiapkan sarapan walau hanya sekeping roti. Perutku dipastikan beralas, tidak kelaparan memulai hari. Aku pasti, andainya ibu masih hidup, past...